Posts

Showing posts from July, 2026

JCIP International Bantu Perniagaan Lindungi Jenama, Perkukuh Pengembangan Global

Image
  KUALA LUMPUR, 31 Julai – Ketika semakin banyak syarikat di Asia Tenggara memperluaskan operasi ke pasaran antarabangsa, perlindungan harta intelek kini menjadi elemen penting dalam strategi pertumbuhan sesebuah perniagaan, bukan lagi sekadar memenuhi keperluan undang-undang. Menyedari keperluan tersebut, JCIP International , sebuah firma perunding harta intelek butik yang berpangkalan di Kuala Lumpur, tampil membantu perniagaan membangunkan strategi cap dagangan rentas sempadan bagi melindungi jenama serta menyokong pengembangan ke pasaran global. Diasaskan oleh Pengasas dan Pengarah Urusan, Joyi Cheah , JCIP International ditubuhkan dengan matlamat memudahkan perlindungan harta intelek kepada pengasas syarikat dan perniagaan yang berhasrat mengembangkan operasi ke peringkat antarabangsa. Menurut Joyi, harta intelek perlu dirancang secara proaktif dan bukan hanya diberi perhatian selepas berlakunya masalah. Katanya, firma itu membantu pelanggan mengenal pasti risiko lebih aw...

Peguam: Nicky Liow Hadir Sebagai Orang Awam, Gambar Bersama PM Disalah Tafsir

Image
PUCHONG – Kehadiran ahli perniagaan, Datuk Seri Nicky Liow Liao Soon Hee ke sebuah program yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini tidak seharusnya disalah tafsir sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi, kata peguamnya, Datuk Rajpal Singh. Beliau berkata, Liow hadir ke program berkenaan sebagai orang awam selepas menerima jemputan terbuka yang melibatkan penyertaan kira-kira 3,000 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), bukannya sebagai tetamu kehormat atau individu yang mempunyai hubungan istimewa dengan Perdana Menteri. Menurut Rajpal, Liow juga tidak berada di kawasan tetamu kenamaan (VIP), sebaliknya bersama peserta lain sepanjang program berlangsung. “Dia hadir sebagai orang awam. Ramai yang datang pada hari itu, kira-kira 3,000 orang. Dia bukan tetamu khas, bukan berada di khemah VIP dan bukan juga rakan peribadi Perdana Menteri. “Selepas ucapan Perdana Menteri selesai, kawasan itu dibuka kepada orang ramai dan ramai mengambil peluang untuk ...

Pemain Boling Kebangsaan Timmy Tan Lancar Nation Bowl Pertama di Seri Kembangan

Image
SERI KEMBANGAN, 28 Julai – Pemain boling kebangsaan, Timmy Tan, terus mengorak langkah dalam dunia keusahawanan apabila memperkenalkan pusat boling pertamanya, Nation Bowl, yang bakal dibuka di The Mines, sekali gus menjadi pusat boling pertama dan satu-satunya di Seri Kembangan. Pembukaan Nation Bowl bukan sahaja menandakan pencapaian baharu buat Timmy sebagai atlet negara, malah memperkukuhkan lagi kedudukan The Mines sebagai hab gaya hidup, hiburan dan komuniti di selatan Lembah Klang. Majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara The Mines dan Nation Bowl berlangsung di West Court, Aras 3, hari ini, dengan kehadiran pengurusan kedua-dua pihak serta rakan industri. Dijadual memulakan operasi pada Disember 2026, pusat boling itu akan menempati ruang seluas lebih 27,000 kaki persegi di North Court, Aras 4. Kemudahan tersebut bakal menampilkan 28 lorong boling bertaraf kejohanan, selain dilengkapi ruang niaga, kafe dan akademi latihan yang memberi peluang kepada kanak-kanak, belia ...

Apa Jadi Apabila Arkitek Tinggalkan Blueprint? Jawapannya Bermula 26 Julai - 9 Ogos di Publika

Image
KUALA LUMPUR, 24 Julai – Selama ini arkitek dikenali sebagai individu yang mencorakkan wajah bandar menerusi reka bentuk bangunan dan pembangunan fizikal. Namun, pernahkah terfikir apakah yang akan berlaku apabila mereka meninggalkan blueprint , mengetepikan kehendak pelanggan dan diberi kebebasan sepenuhnya untuk berkarya sebagai seorang seniman? Persoalan itu bakal dijawab menerusi Art by Architects: Beyond the Blueprints , pameran seni yang berlangsung dari 26 Julai hingga 9 Ogos 2026 di KL City Art Gallery, Publika, Kuala Lumpur , yang menghimpunkan karya daripada 16 arkitek Malaysia merangkumi empat generasi . Dianjurkan oleh KL City Art Gallery dengan sokongan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) dan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) , pameran ini disifatkan sebagai yang pertama seumpamanya di Malaysia dan rantau ini , khusus untuk memperkenalkan arkitek profesional sebagai pengkarya seni di luar amalan teknikal mereka. Kurator pameran, Maizon Omar , berkata idea pameran itu ter...

Emas Preloved Tanpa Upah Tarikan Utama Sri Semantan Kembang Sayap ke Pasir Gudang

Image
PASIR GUDANG, 20 Julai – Konsep emas preloved tanpa caj upah terus menjadi kelebihan kompetitif Kedai Emas Sri Semantan (KESS) apabila syarikat itu mengembangkan empayar perniagaannya dengan pembukaan cawangan ke-20 di Kota Masai, di sini, pada Ahad. Majlis perasmian cawangan baharu itu disempurnakan Pengerusi dan Pengasas KESS, Mohamad Hafizal Mahmood, sekali gus menjadikan ia cawangan kedua syarikat di Johor selepas Batu Pahat serta berperanan sebagai Wisma Sri Semantan bagi wilayah Selatan yang meliputi Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Ahli Lembaga Pengarah KESS, Sharif Saman berkata, konsep emas preloved yang ditawarkan syarikat terus menerima sambutan menggalakkan kerana membolehkan pelanggan memiliki emas pada harga lebih kompetitif tanpa dikenakan caj upah. Menurutnya, selain menawarkan harga yang lebih berpatutan, pelanggan turut menikmati kemudahan nilai tukar beli (trade-in) sehingga 100 peratus yang memberi pulangan lebih menguntungkan. "Keunikan kami ialah membe...

7,000 Banjiri Bangi Square, Sorak Final World Cup Bersama TPM

Image
BANGI, 20 Julai – Sorakan ribuan peminat bola sepak bergema di Bangi Square 2 apabila  kira-kira 7,000 pengunjung membanjiri Program Final FIFA World Cup 2026 Viewing Party & Semarak Subuh bersama Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, awal pagi tadi. Program yang berlangsung dari jam 12.00 tengah malam hingga selesai Solat Subuh itu berjaya menghimpunkan peminat bola sepak, belia, keluarga dan masyarakat setempat untuk bersama-sama menyaksikan Perlawanan Akhir FIFA World Cup 2026 menerusi tayangan skrin besar dalam suasana yang penuh semangat, harmoni dan kebersamaan. Kehadiran YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menambahkan lagi kemeriahan program apabila beliau meluangkan masa beramah mesra bersama pengunjung, menyantuni orang ramai dan turut menyaksikan perlawanan akhir bersama mereka. Program turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian menarik termasuk sesi Borak Bola bersama legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan, Farizal Marlias...

Bukan Sekadar Jual Emas, Kedai Emas Sri Semantan (KESS) Bina Komuniti Melalui Budaya, Sukan dan Literasi Kewangan

Image
SENAWANG, 19 Julai – Kedai Emas Sri Semantan (KESS) terus memperkukuh peranannya dalam masyarakat apabila memperkenalkan pendekatan yang menggabungkan elemen kebudayaan, sukan dan pendidikan kewangan berasaskan emas, sekali gus membuktikan syarikat itu bukan sekadar menjalankan perniagaan emas, malah komited membangunkan komuniti. Pendekatan itu diperkenalkan sempena pembukaan cawangan ke-19 KESS , iaitu di Senawang, yang menjadi platform syarikat untuk memperluaskan peranannya dalam melahirkan masyarakat yang lebih celik kewangan melalui pemilikan dan pengurusan aset emas. Ahli Lembaga Pengarah KESS, Shaaini Md Jumaat , berkata pada peringkat awal penubuhan syarikat, KESS memberi penekanan kepada usaha mempromosikan warisan budaya tempatan seperti Dikir Barat , selaras dengan minat pengasasnya, Tuan Mohamad Hafizal Bin Hj Mahmood , yang merupakan peminat seni tradisional tersebut. “Pada permulaannya, kami memperkenalkan KESS bersama elemen kebudayaan kerana itulah identiti yang i...