Posts

Showing posts from June, 2026

Always Robots Lancar Robot Humanoid AI di Malaysia, Pacu Era Baharu Automasi Pintar

Image
KUALA LUMPUR, 27 Jun 2026 – Malaysia melangkah setapak lagi ke hadapan dalam pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) apabila Always Robots Sdn. Bhd. secara rasmi dilancarkan menerusi satu sidang media di KL Gateway Bangsar, sekali gus memperkenalkan teknologi robot humanoid dan robot berkaki empat (quadruped) berasaskan AI Berjasad (Embodied AI) bagi mempercepatkan transformasi automasi pintar di negara ini. Ditubuhkan sebagai usaha sama strategik antara Always Marketing Shanghai, SparkRobot dan AGIBOT, Always Robots berperanan sebagai Leasing Alliance rasmi bagi robot humanoid dan robot quadruped keluaran AGIBOT di Malaysia. Kerjasama ini menggabungkan kepakaran pemasaran dan pembangunan pasaran Always Marketing, kekuatan ekosistem teknologi SparkRobot serta inovasi AI Berjasad AGIBOT bagi menyediakan penyelesaian robotik yang lebih mudah diakses oleh sektor industri dan komersial. Ketua Pegawai Eksekutif Always Robots, Patrick Goh, berkata pelancaran syarikat itu bukan sekadar m...

AI Build & Interiors Connect 2026 Debuts, Showcasing the Future of Smart Construction and AI-Driven Living

Image
Kuala Lumpur, Tuesday, 23 June 2026 – The inaugural three-day AI Build & Interiors Connect 2026 officially opened its doors to the business community today, bringing together more than 18 curated exhibitors, industry leaders, technology innovators and business professionals at CityStage @ KL City Walk, in the heart of Kuala Lumpur's central business district. Designed as a focused platform for the construction, interior design, smart living and artificial intelligence (AI) industries, the showcase aims to accelerate innovation, encourage knowledge exchange and create meaningful business collaborations through exhibitions, networking opportunities and expert-led discussions on the future of the built environment. Visitors had the opportunity to explore future-ready technologies, discover emerging industry trends, connect with leading experts and gain valuable insights through interactive exhibitions, AI-IN-ACTION demonstrations and engaging panel discussions. Welcoming participa...

Filem Jadi Jambatan Budaya, Festival Filem Pertukaran Malaysia-China Ke-3 Kembali Meriah

Image
KUALA LUMPUR, 26 Jun – Hubungan budaya antara Malaysia dan China terus diperkukuh menerusi seni perfileman apabila Festival Filem Pertukaran Malaysia-China (China-Malaysia Film Culture Festival) Ke-3 membuka tirainya secara rasmi di GSC Mid Valley Megamall hari ini. Festival yang memasuki edisi ketiga itu mengetengahkan pelbagai karya berkualiti dari kedua-dua negara sebagai platform pertukaran budaya serta memperluaskan kerjasama dalam industri kreatif. Majlis pembukaan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, bersama Pengerusi Festival Filem Pertukaran Malaysia-China, Aron Koh Kang Boon, serta Ketua Bahagian Pameran GSC, Pan Vui Shang, menerusi gimik pemotongan reben. Menurut Aron, festival itu terus berpegang kepada konsep “Kepelbagaian Budaya, Pertukaran dan Pembelajaran Bersama”, dengan komitmen membawakan karya-karya filem dari Malaysia dan China yang bukan sahaja mempunyai nilai seni tinggi, ma...

Gabungan Muzik dan Kesedaran Digital, ‘Aku Jamal: Suara Emas Digital’ Bakal Temui Penonton

Image
KUALA LUMPUR, 25 Jun – Pendekatan kreatif yang menggabungkan hiburan dan pendidikan bakal mewarnai kaca televisyen menerusi DJA Show Muzikal ‘Aku Jamal: Suara Emas Digital’ , sebuah siri muzikal 13 episod yang mengetengahkan mesej keselamatan digital dan penggunaan Internet secara selamat kepada masyarakat. Program yang diterajui Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah itu menampilkan gabungan elemen muzik, penceritaan dan perkongsian pengalaman sebagai medium untuk memperkukuh literasi digital, sekali gus membantu meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai cabaran dunia siber yang semakin kompleks. Turut memeriahkan siri berkenaan ialah dua putera Datuk Jamal Abdillah, Osama Yamani dan Zaki Yamani , bersama barisan artis jemputan lain yang akan menyampaikan pelbagai mesej berkaitan keselamatan digital menerusi pendekatan santai, kreatif dan menghiburkan. Inisiatif ini diperkenalkan pada waktu yang amat relevan ketika negara berdepan peningkatan kes penipuan dalam talian, ancaman j...

TVET Malaysia Melangkah Global: 1,000 Pelajar Bakal Terima Pensijilan Dwi Bertaraf Antarabangsa

Image
  PUTRAJAYA – Landskap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara terus diperkukuh apabila Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) menjalin kerjasama strategik dengan National Open College Network (NOCN) United Kingdom bagi memperkenalkan pensijilan dwi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Inisiatif berimpak tinggi itu dijangka membuka laluan lebih luas kepada graduan TVET Malaysia untuk menembusi pasaran pekerjaan global serta meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan di peringkat antarabangsa. Ketua Pegawai Eksekutif NOCN, berkata, kerjasama yang dibangunkan bersama JPK sejak setahun lalu kini memasuki fasa pelaksanaan menerusi projek perintis yang melibatkan lebih 1,000 pelajar daripada 30 pusat bertauliah di seluruh negara. Menurut beliau, kerjasama tersebut bukan bertujuan menggantikan sistem TVET sedia ada, sebaliknya memperkukuhkan nilai kelayakan yang telah dibangunkan Malaysia dengan pengiktirafan antarabangsa. “Apa yang Malaysia lakukan dalam ...