Malaysia Movie Fan Club Dilancar, Perkasa Pelakon dan Penggiat Seni Tempatan
KUALA LUMPUR — Usaha memperkasakan industri filem dan bakat tempatan terus diperkukuhkan menerusi pelancaran MMFC – Malaysian Movie Fan Club yang diasaskan oleh Dr. SP Praba, dalam satu majlis yang berlangsung di Brickfields, Kuala Lumpur, semalam. Pelancaran itu diadakan bersempena sambutan Hari Merdeka ke-69 dan turut diserikan dengan sesi Meet & Greet bersama Dato’ Seri G (DSG), pengasas Dancing Raja Studios, selain sesi makan tengah hari eksklusif bersama rakan-rakan media dan penyokong. Penubuhan Malaysian Movie Fan Club dilihat sebagai satu inisiatif yang mampu menghimpunkan peminat filem, penggiat seni, pelakon dan pelbagai pihak dalam industri kreatif tempatan, selain membuka ruang untuk terus menyokong perkembangan filem serta bakat Malaysia. Dr. SP Praba selaku pengasas MMFC berkata, sokongan daripada rakan media, penyokong dan tetamu yang hadir amat bermakna dalam menjayakan pelancaran platform berkenaan. Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang ...