Dari Sawah ke ‘Lifestyle’: Larian Tanjong Karang Curi Perhatian 4,500 Peserta
TANJONG KARANG, 5 September 2026 — Sawah padi yang selama ini sinonim dengan aktiviti pertanian kini bertukar menjadi ‘running track’ apabila kira-kira 4,500 peserta menyertai Larian Sawah Padi Tanjong Karang 4.0. Bukan sekadar mengejar masa dan jarak, peserta turut menikmati panorama sawah, suasana kampung, makanan tradisional, permainan masyarakat serta pelbagai pengalaman sepanjang laluan, menjadikan acara itu lebih kepada satu pengalaman ‘lifestyle’ yang menggabungkan kecergasan, keluarga dan komuniti. Dianjurkan oleh PKSUM Event and Management , edisi keempat larian itu menyaksikan peningkatan penyertaan berbanding kira-kira 3,500 peserta pada edisi terdahulu. Lebih menarik, acara berkenaan turut menjadi pilihan pasangan muda dan keluarga yang membawa anak-anak untuk bersama-sama menikmati suasana larian dalam persekitaran sawah padi. Bagi Wasiyyah Holdings Berhad , yang kembali sebagai penaja utama buat kali kedua, trend itu membuka ruang untuk syarikat mendekati segmen pas...