Posts

Showing posts from March, 2026

Kasut Baru, Semangat Baru! KIPRUN Gegarkan KL, Ajak Rakyat Malaysia Hidup Lebih Aktif

Image
  KUALA LUMPUR, 28 Mac – Nampaknya gaya hidup sihat makin “in” sekarang! Dari joging santai sampai brisk walk, rakyat Malaysia semakin aktif—dan kali ini Decathlon Malaysia tampil dengan sesuatu yang fresh: pelancaran kasut larian baharu di bawah jenama KIPRUN. Bertempat di Decathlon KL City Center, suasana pelancaran memang meriah apabila acara ini dirasmikan oleh Hannah Yeoh. Lebih menarik, Malaysia jadi lokasi pertama pelancaran KIPRUN untuk rantau Asia Pasifik—memang bangga! KIPRUN, yang membawa maksud “Keep Running”, bukan sekadar kasut biasa. Dengan tagline “More Runs. More Life.”, jenama ini nak inspire semua orang untuk terus bergerak, tak kira beginner atau runner tegar. Pendek kata, setiap langkah tu ada makna—bukan sekadar kejar finish line. Bukan itu saja, kemeriahan diteruskan dengan Acara Larian KIPRUN pada 29 Mac di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Event santai ni terbuka untuk semua, sesuai untuk korang yang nak join fun run sambil enjoy vibe komuniti. Denga...

Balik Kampung? Jalan Raya Padat, LLM Gesa Pemandu Bijak Bertindak

Image
  KUALA LUMPUR – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan kesesakan teruk di beberapa laluan utama malam tadi berikutan gelombang pergerakan pulang ke ibu kota selepas cuti Aidilfitri. Antara lokasi yang dikesan sesak: Arah Utara: · Gopeng – Tapah – Bidor: akibat kemalangan membabitkan lori kontena dan motosikal di KM347.1. Pembersihan selesai 9.15 malam, namun trafik masih terjejas. · Sungai Perak – susur Ipoh Utara: perlahan. · Permatang Pauh – Perai: perlahan. Arah Selatan: · Pedas Linggi – susur Port Dickson: mula perlahan. · Simpang Renggam – Sedenak: sesak ekoran jumlah kenderaan tinggi. Pantai Timur & Lembah Klang: · Karak – Genting Sempah – Plaza Tol Gombak: perlahan dengan pertambahan kenderaan secara konsisten. · Lebuhraya ELITE KM21.9 (Gamuda Cove – Putrajaya): kemalangan turut menjejaskan kelancaran trafik sekitar Lembah Klang. LLM meramalkan aliran trafik ke ibu kota akan terus memuncak sehingga Sabtu ini, berdasarkan unjuran data perjalanan warga kota sebelum h...

TRACIE SINIDOL & JAZMY JUMA SHINE IN ROMANTIC DUET “KU TETAP ADA”

Image
  The Official OST Of Drama Series “Hilang Dalam Rindu 2” Is Now Out Via Sony Music Entertainment Malaysia In Collaboration With Alternate Records March 18, 202 6  by Zulaikha KUALA LUMPUR, MARCH 13, 2026 – Rising stars Tracie Sinidol and Jazmy Juma join forces for their first romantic duet, “Ku Tetap Ada”. Released by Sony Music Entertainment Malaysia in collaboration with Alternate Records & Talents, the song is the official OST of the drama series “Hilang Dalam Rindu 2”. Composed and produced by acclaimed Indonesian duo Wirawati Diana Putri and Revo Marty, the track combines heartfelt lyrics and a moving melody that perfectly captures the emotions and journey of the drama’s lead characters. Tracie & Jazmy’s First Duet “Ku Tetap Ada” marks the first-ever duet between Tracie and Jazmy. Their on-screen chemistry as the lead couple in “Hilang Dalam Rindu 2” translates seamlessly into their musical performance. With heartfelt vocals and a deep connection to their charact...

SUARA HATI KHAI BAHAR SYAWAL INI MENERUSI SINGLE “AKU RINDU”

Image
  Balada Raya Penuh Emosi Tentang Kehilangan & Kerinduan Tak Berpenghujung, Terbitan Sony Music Entertainment Malaysia KUALA LUMPUR, 6 MAC 2026 – Penyanyi Khai Bahar kembali menyentuh hati peminat dengan single Raya terbaharunya, “Aku Rindu”, diterbitkan di bawah label muzik popular, Sony Music Entertainment Malaysia, dan digubah oleh komposer Farouk Roman serta liriknya ditulis oleh Adrianna Cinta. Lagu ini bukan sekadar sambutan Aidilfitri biasa, ia membawa pendengar menyelami gelombang rindu Khai terhadap ibu tercinta yang telah pergi, melalui balada dramatik dan melankolik yang memadukan emosi mendalam dengan keindahan muzik Raya. Setiap baitnya mengajak pendengar merasai kehangatan Syawal penuh kenangan dan makna, seolah membawa mereka ke momen yang kekal di hati. Rasa Rindu Dihidupkan Melalui Muzik Bagi Khai, “Aku Rindu” menonjol kerana keberaniannya membawa rasa rindu yang tulus, jauh daripada sekadar keceriaan Raya. “Lagu ini lebih reflektif dan emosional. Ia bukan seka...

Majlis Berbuka Puasa Perdana Santuni 200 Asnaf di Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai

Image
  KUALA LUMPUR – Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai, Cheras menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Perdana yang menghimpunkan lebih 600 tetamu termasuk 200 golongan asnaf dalam satu program kebajikan sempena Ramadan. Program tahunan itu menjadi tradisi masjid setiap kali Ramadan sebagai tanda penghargaan kepada rakan kolaborasi serta usaha memperkukuh hubungan strategik antara masjid, agensi kerajaan, sektor korporat dan masyarakat setempat. Menurut Pengerusi Masjid Al-Mukhlisin Ybhg Dato Ahmad Nazri Ibrahim majlis berkenaan turut melibatkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras. Turut hadir ialah wakil sekolah sekitar Alam Damai yang sentiasa menyokong aktiviti kemasyarakatan masjid. Selain itu, beberapa syarikat korporat turut menyumbang dalam menjayakan program berkenaan ter...

Dari 200 ke 500 Outlet: Jenama Ice Cream Viral Momoyo Nak Tawan Malaysia Menjelang 2027 🍦

Image
  From left to right  Ms. Zurina, Senior Deputy Director from Visit Malaysia. Mr. Alex Tan, General Manager of MOMOYO Malaysia  Mr Mike Xu, Ceo of vivo Malaysia Kalau anda peminat ais krim dan minuman viral, nama Momoyo pasti dah tak asing lagi. Jenama ini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dengan konsep ais krim dan minuman premium pada harga mampu milik. Menariknya, Momoyo kini sedang dalam misi besar — menambah jumlah outlet kepada 500 cawangan di Malaysia menjelang tahun 2027. Buat masa ini sahaja, Momoyo sudah mempunyai lebih 200 outlet di Malaysia, manakala secara keseluruhan terdapat lebih 1,500 cawangan di seluruh Asia. Harga Mesra Poket: Serendah RM5 Apa yang buat Momoyo cepat viral sebenarnya? Jawapannya mudah — kualiti premium dengan harga mampu milik. Kebanyakan menu Momoyo berada dalam lingkungan RM5 hingga RM10, menjadikannya pilihan yang mudah untuk semua golongan. Menurut wakil Momoyo: “Kami mahu pelanggan rasa pengalaman yang segar, menyegark...

Nostalgia 90-an Kembali! Heyda Hafeey & Lan Solo Hidupkan Semula “Zapin Usik Mengusik 2.0”

Image
KUALA LUMPUR – Peminat muzik era 90-an pasti masih mengingati lagu zapin moden “Zapin Usik Mengusik” yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu. Kini selepas hampir tiga dekad, penyanyi asalnya Heyda Hafeey kembali menghidupkan semula lagu tersebut dalam versi baharu berjudul “Zapin Usik Mengusik 2.0.” Lebih menarik, lagu nostalgia itu kini diberikan sentuhan moden menerusi kolaborasi bersama penyanyi rock popular, Lan Solo. Menurut Heyda, lagu tersebut mempunyai nilai sentimental yang sangat besar dalam perjalanan kerjayanya kerana ia merupakan karya yang memperkenalkan namanya ke dalam industri muzik Malaysia ketika beliau baru berusia 17 tahun. “Hampir 28 tahun lagu ini bersama saya. Lagu ini yang membawa saya masuk ke dalam industri muzik Malaysia sebelum saya tampil dengan album lain. Jadi saya rasa comeback yang terbaik adalah dengan menghidupkan semula lagu ini,” katanya. Menariknya, ramai sebenarnya lebih mengenali lagu tersebut melalui kumpulan komedi popular Senario yan...

Smart Balance dan Anti-Gravity Treadmill Bantu Pemulihan Pesakit Strok di KPJ Damansara

Image
PETALING JAYA – Pemulihan pesakit strok kini dibantu dengan penggunaan teknologi rehabilitasi moden seperti Smart Balance platform dan anti-gravity treadmill yang disediakan di KPJ Damansara Specialist Hospital 2. Kemudahan tersebut merupakan sebahagian daripada perkhidmatan di Neuroscience & Stroke Centre of Excellence, yang menyediakan rawatan serta pemulihan komprehensif bagi pesakit yang mengalami masalah neurologi termasuk strok. Dr. Teh Pei Chiek Pakar Neurologi, Dr. Teh Pei Chiek, berkata strok kini semakin kerap berlaku dalam kalangan golongan lebih muda, khususnya mereka yang berumur antara 40 hingga 60 tahun. Menurut beliau, sebelum ini kebanyakan pesakit strok terdiri daripada individu berusia 60 tahun ke atas, namun trend itu kini menunjukkan perubahan ketara. “Sekarang kita semakin banyak melihat pesakit strok dalam lingkungan umur 40 hingga 60 tahun. Perubahan gaya hidup seperti pemakanan tidak sihat, tekanan kerja yang tinggi dan kurang tidur antara faktor yang...