Posts

Showing posts from April, 2026

Study di Türkiye? Ini Peluang Anda – Datang, Explore & Berpeluang Terbang ke Türkiye!

Image
KUALA LUMPUR , 24 April 2026  – Malaysia bakal menjadi lokasi penganjuran Study in Türkiye Education Fair 2026, apabila sebanyak 15 universiti dari Türkiye tampil dalam satu inisiatif bagi mempromosikan pendidikan tinggi antarabangsa serta memperkukuh hubungan dua hala dalam sektor pendidikan. Pameran yang dianjurkan oleh SIT Connect Asia Sdn Bhd itu bukan sahaja menghimpunkan institusi pendidikan terkemuka Türkiye, malah turut dilaksanakan merentasi tiga negara iaitu Malaysia, Brunei dan Singapura sebagai sebahagian daripada inisiatif pendidikan serantau. Menurut penganjur, program berkenaan menyasarkan peningkatan jumlah pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian ke Türkiye daripada sekitar 300 orang ketika ini kepada 10,000 pelajar menjelang tahun 2030. Platform Pendidikan dan Kerjasama Program ini berfungsi sebagai platform untuk memperkenalkan peluang pengajian di Türkiye kepada pelajar Malaysia, di samping membuka ruang kerjasama antara institusi pendidikan kedua-dua negara....

Ayuh Swing Sambil Berbakti! Golf Amal Selebriti Kembali Meriah, Satukan Artis & Korporat Demi Kebajikan

Image
KUALA LUMPUR, 21 April 2026 – Persatuan Karyawan Malaysia terus memperkukuh komitmen terhadap kebajikan penggiat seni tempatan menerusi penganjuran Golf Amal Selebriti Kali Ke-5 yang bakal berlangsung pada 10 Mei 2026 di Kota Seriemas Golf & Country Club. Acara tahunan ini bukan sekadar kejohanan golf, malah menjadi platform kebajikan penting bagi mengumpul dana untuk membantu artis serta penggiat industri filem yang memerlukan, khususnya di bawah inisiatif PROFIMA. Program dijadual bermula jam 12.00 tengah hari itu akan diakhiri dengan Majlis Makan Malam Gala dan Penyampaian Hadiah, menghimpunkan selebriti, pemain industri dan komuniti korporat dalam satu acara berprestij. Edisi kelima ini dianjurkan dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), sekali gus memperkukuh sinergi antara industri seni, sektor korporat dan masyarakat melalui pendekatan tanggungjawab sosial (CSR). Menurut Persatuan Karyawan Malaysia, penganjuran ini membuktikan kesinambungan kejaya...

Saudia Airlines Rai Ejen Pelancongan Terbaik, Perkukuh Ekosistem Usahawan Industri Pelancongan

Image
KUALA LUMPUR, 20 April 2026 – Saudia Airlines terus memperkukuh kedudukannya dalam industri pelancongan Malaysia apabila menganjurkan Majlis Makan Malam Aidilfitri & Pengiktirafan Berprestij di Mandarin Oriental Kuala Lumpur, menghimpunkan pemain industri serta usahawan pelancongan dalam satu platform eksklusif. Majlis ini bukan sekadar acara penghargaan, malah menjadi simbol penting kepada peranan ejen pelancongan sebagai tulang belakang ekosistem usahawan dalam industri penerbangan dan pelancongan negara. Acara tersebut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari sebagai tetamu kehormat, yang menzahirkan sokongan terhadap kerjasama strategik antara sektor kerajaan dan industri pelancongan. Turut hadir ialah Pengarah Saudia Airlines bagi Asia Timur & Australia, Reham K. Zarei serta Ketua Pegawai Eksekutif GSA Saudia Airlines Malaysia, Lotfi Lajam bersama barisan pemain industri. Kemuncak majlis menyaksikan penyampaian Anugerah Top 15 Ejen yang mengiktiraf...

Mr. Helmet Buka Peluang Usahawan, Tawar Solusi Sanitasi Helmet Berteknologi Tinggi

Image
AMPANG, 18 April 2026 – Majlis pelancaran mesin pembersihan helmet inovatif, Mr. Helmet, berjaya menarik hampir 500 penunggang motosikal dalam satu acara yang berlangsung meriah di Taman Rekreasi Kampung Tasik Tambahan, di sini hari ini. Dibangunkan oleh CleanXpert Sdn Bhd, Mr. Helmet merupakan mesin teknologi automatik terkini yang direka khas untuk menyahbau, menghapuskan kuman dan bakteria, serta mengembalikan kesegaran kepada helmet penunggang motosikal. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, YB Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Al-Hadad (Altimet) yang menyifatkan inisiatif ini sebagai satu keperluan praktikal kepada masyarakat, khususnya golongan penunggang motosikal. Menurut beliau, ramai penduduk di kawasan Lembah Jaya, Ampang dan Lembah Klang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan harian termasuk untuk bekerja seperti penghantar makanan dan barangan. “Helmet merupakan antara peralatan paling penting bagi penunggang motosikal selain ken...

Kenali Perayaan Tamizh Puthandu, Sambutan Tahun Baru Tamil di Brickfields Little India

Image
Kuala Lumpur, 8 April 2026 – Pernahkah anda mendengar Sambutan Tahun Baru Tamil atau Tamizh Puthandu , Perayaan yang penuh warna warni kebudayaan dari generasi terdahulu, sebaiknya sebagai rakyat Malaysia yang inginkan keharmonian terpelihara dan negara dalam keadaan  harmoni setiap warga harus mengetahui dan ambil tahu! Sambutan perayaan ini bakal meriah diadakan di Brickfields Little India pada 18 April 2026, bermula dari 12:00 tengah hari, dengan pelbagai aktiviti kebudayaan yang menarik dan sarat dengan nilai tradisi.  Program ini bertujuan memelihara warisan etnik Tamil yang telah berada di Malaysia selama hampir 200 tahun.   Menurut Mr. Rishikumar Vadivelu, President, Malaysia Hindhudharma Maamandram , dan koordinator program, walaupun etnik Tamil merupakan minoriti di Malaysia, mereka tetap mengekalkan tradisi dan budaya unik mereka. “Kami ingin memastikan komuniti lain juga mengetahui tentang kebudayaan kami – dari makanan, pakaian, tarian, hingga seni mempertahan...

📢 *TAKLIMAT PERMOHONAN UPU & KEMASUKAN KE IPTA* 🎓 *(EDISI :AMPANG & PANDAN)*

Image
  🗓️ 10 April 2026 (Jumaat) ⏰ 6.30 Petang ☎️ 016-335 6914 |  012-231 9140 |  016-223 8421 📍 Sri Maha Nageswary Amman Temple 📌 Lokasi: https://maps.app.goo.gl/3ULha54RyBHRswqH9?g_st=aw⁠� ✨ Peluang keemasan untuk merancang masa depan anda Program ini dianjurkan oleh Devi Art And Cultural Centremelalui wakilnya, S. Sunder V, dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pemimpin komuniti tempatan. Turut hadir YB Altimet ADUN Lembah Jaya. Pelajar yang memperoleh keputusan baik, mereka akan diberi panduan mengenai proses permohonan ke universiti melalui sistem UPU serta pemilihan kursus yang mempunyai potensi kerjaya stabil pada masa hadapan. Pelajar berprestasi sederhana pula akan didedahkan dengan peluang melanjutkan pengajian ke politeknik dan institusi kemahiran, termasuk panduan permohonan serta bidang yang relevan dengan keperluan industri semasa.  *_Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan panduan lengkap mengenai permohonan UPU dan kemasukan ...

FELDA Mula Langkah Besar, B100 Dilihat Mampu Stabilkan Harga Bahan Api

Image
  Light/ FELDA Mula Langkah Besar, B100 Dilihat Mampu Stabilkan Harga Bahan Api   Wartawan  HAUSTV PN ZUE  April 7, 2026 2 minutes read     KUALA LUMPUR – Pengerusi FELDA, YBhg. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan biodiesel sebagai satu kekuatan baharu negara dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik global, khususnya apabila laluan strategik seperti Selat Hormuz berdepan risiko gangguan yang boleh menjejaskan bekalan petroleum dan melonjakkan harga diesel antarabangsa. Menurut beliau, Malaysia mempunyai kelebihan tersendiri untuk membangunkan rantaian nilai tenaga domestik yang lebih kukuh menerusi peranan anak syarikat FGV Holdings Berhad, dengan memanfaatkan sepenuhnya sumber minyak sawit tempatan sebagai asas kepada pengeluaran biodiesel negara. Katanya, penghasilan biodiesel B100 dianggarkan pada harga di bawah RM5 seliter, sekali gus berpotensi menjadi alternatif yang berdaya saing kepada diesel konvensional dalam pasaran semasa. Keupayaan itu ...

BARASUARA LIVE IN KUALA LUMPUR BAKAL GEGARKAN PENTAS 4 APRIL 2026

Image
KUALA LUMPUR, MALAYSIA* – Penantian peminat muzik alternatif akhirnya bakal terjawab apabila kumpulan dari Indonesia, Barasuara, akan tampil dalam sebuah konsert eksklusif “Barasuara Live in Kuala Lumpur” yang dijadualkan berlangsung pada 4 April 2026. Konsert ini dibawakan oleh YOLO Malaysia, sebuah syarikat penganjur acara yang semakin dikenali dalam membawakan pengalaman hiburan langsung berkualiti tinggi ke Malaysia dan rantau sekitarnya. Dikenali dengan gabungan bunyi rock alternatif yang dinamik serta susunan muzik yang berlapis, Barasuara telah mencipta identiti tersendiri dalam industri muzik Indonesia. Persembahan mereka sering dianggap sebagai satu pengalaman ‘live’ yang penuh intensiti, menggabungkan elemen emosi, tenaga dan interaksi yang kuat bersama penonton. Menurut wakil YOLO Malaysia, konsert ini dijangka menarik kehadiran peminat dari seluruh rantau, termasuk Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. “Barasuara adalah sebuah band yang perlu dialami secara langsung. T...