Kenali Perayaan Tamizh Puthandu, Sambutan Tahun Baru Tamil di Brickfields Little India
Kuala Lumpur, 8 April 2026 – Pernahkah anda mendengar Sambutan Tahun Baru Tamil atau Tamizh Puthandu, Perayaan yang penuh warna warni kebudayaan dari generasi terdahulu, sebaiknya sebagai rakyat Malaysia yang inginkan keharmonian terpelihara dan negara dalam keadaan harmoni setiap warga harus mengetahui dan ambil tahu! Sambutan perayaan ini bakal meriah diadakan di Brickfields Little India pada 18 April 2026, bermula dari 12:00 tengah hari, dengan pelbagai aktiviti kebudayaan yang menarik dan sarat dengan nilai tradisi.
Program ini bertujuan memelihara warisan etnik Tamil yang telah berada di Malaysia selama hampir 200 tahun.
![]() |
Menurut Mr. Rishikumar Vadivelu, President, Malaysia Hindhudharma Maamandram, dan koordinator program, walaupun etnik Tamil merupakan minoriti di Malaysia, mereka tetap mengekalkan tradisi dan budaya unik mereka. “Kami ingin memastikan komuniti lain juga mengetahui tentang kebudayaan kami – dari makanan, pakaian, tarian, hingga seni mempertahankan diri,” jelas beliau.
Acara utama sambutan ini bermula dengan bacaan doa, diikuti maratonatiam, penyanyian lagu-lagu tradisional Tamil, dan pertunjukan mashalat, seni mempertahankan diri yang diwarisi daripada moyang mereka dari India.
Pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai makanan tradisional Tamil, termasuk kuih-muih, kelapa muda, air tebu, dan hidangan palik kanji atau bubur tradisional. Selain itu, permainan tradisional seperti parma bata-bata, congkak, dan gasing akan dipersembahkan, menarik perhatian pengunjung tempatan dan antarabangsa.
Program ini dijangka menarik sehingga 5,000 pengunjung, termasuk 300 hingga 400 warga asing, serta menampilkan persembahan tarian tradisional dan hidangan istimewa 21 jenis makanan di atas daun pisang, yang mewakili kepelbagaian citarasa vegetarian yang asli.
“Acara ini bukan sekadar untuk menyambut tahun baru, tetapi juga sebagai platform pendidikan untuk generasi muda agar menghargai warisan mereka, walaupun tinggal jauh daripada kampung halaman,” tambah Mr. Rishikumar Vadivelu.
Sambutan ini turut mendapat sokongan daripada YB Hannah Yeoh, yang dijadualkan hadir sebagai tetamu istimewa, bersama jemputan kepada wakil rakyat, anggota kementerian berkaitan pelancongan dan perpaduan, serta NGO tempatan yang terlibat.
Perayaan Tamizh Puthandu di Brickfields Little India menekankan kepentingan menghargai setiap tradisi etnik sambil memperkukuh identiti budaya generasi muda, menjadikan sambutan ini satu platform perpaduan dan promosi warisan kebudayaan di Malaysia.














Comments
Post a Comment