Posts

Hospital Pakar Damansara 2 dan Hope for Children Ringankan Beban Pesakit Cilik

Image
KUALA LUMPUR, 22 Mei 2026 – Hospital Pakar Damansara 2 (“DSH2”) bersama Yayasan Hope For Children (“HFCF”) melancarkan satu inisiatif awam-swasta bagi membantu memperluas akses kepada rawatan pembedahan pediatrik untuk kanak-kanak kurang bernasib baik yang memerlukan rawatan segera. Kerjasama yang turut mendapat sokongan Hospital Tunku Azizah  (“HTA”) itu diwujudkan bagi membantu pesakit kanak-kanak yang berdepan tempoh menunggu panjang dalam sistem penjagaan kesihatan awam, sekali gus memberi peluang kepada mereka menerima rawatan lebih cepat dan teratur. Melalui program tersebut, pesakit pediatrik yang layak dan dikenal pasti oleh HTA melalui HFCF akan menjalani prosedur pembedahan tertentu di DSH2, termasuk rawatan hernia dan testis tidak turun (Undescended Testis – UDT). Dari Kiri  Pengasas Yayasan Hope for Children, Michael KC Tan,  Pakar Bedah Pediatrik DSH2, Dr Abdul Razak Mohammed  Pakar Bedah Pediatrik DSH2, Dr Abdul Razak Mohammed berkata, program kerjas...

“Sakit Badan Bukan Perkara Normal” — MMW Bone Alignment Centre Perkenal Pendekatan Struktur Badan Tanpa Pembedahan"

Image
KUALA LUMPUR, 2026 — Dalam dunia moden hari ini, semakin ramai masyarakat mengalami masalah sakit lutut, sakit pinggang, tulang belakang, postur tidak seimbang dan ketegangan badan kronik seawal usia muda. Keadaan ini sering dianggap biasa akibat faktor usia atau kerja, sedangkan ramai tidak menyedari ia mungkin berpunca daripada ketidakseimbangan struktur badan yang berlaku dalam jangka masa panjang. Menyedari peningkatan masalah ini, MMW Bone Alignment Centre tampil memperkenalkan satu pendekatan pelarasan struktur badan secara non-invasive melalui sistem yang dikenali sebagai MMW Method, diasaskan oleh Wong Sifu atau Dr Max Wong. MMW Bone Alignment Centre hari ini secara rasminya melangkah ke fasa baharu dengan pembukaan cawangan keduanya yang terletak di Atria Shopping Gallery. Pembukaan cawangan ini merupakan komitmen berterusan MMW dalam menyediakan platform pendidikan dan rawatan penjagaan struktur badan yang holistik kepada masyarakat setempat. ​Majlis perasmian tersebut tel...

AURUM GOLD Jadi Sebutan Ramai, Bukan Sekadar Simpan Emas Tetapi Tawar Pelbagai Benefit Eksklusif

Image
SHAH ALAM – Dalam dunia pelaburan dan aset bernilai yang semakin berkembang, satu nama baharu kini mula mencuri perhatian ramai — AURUM GOLD. Tampil dengan konsep lebih moden dan eksklusif, AURUM GOLD bukan sekadar menawarkan simpanan emas biasa, malah membina sebuah ekosistem emas lengkap yang memberi pelbagai manfaat kepada pelanggan dan ahlinya. Melalui platform ini, pelanggan bukan sahaja berpeluang memiliki emas sebagai aset bernilai, tetapi turut menikmati pelbagai kemudahan termasuk servis buy back , pertukaran barang kemas ( trade-in ), perlindungan nilai aset serta peluang membina simpanan jangka panjang yang lebih teratur dan diyakini. Keunikan konsep yang dibawa AURUM GOLD mula menjadi perhatian ramai kerana pendekatannya yang lebih sistematik, profesional dan sesuai dengan gaya pemilikan emas moden masa kini. Majlis Exclusive Soft Launch AURUM GOLD yang berlangsung di Shah Alam baru-baru ini turut menghimpunkan usahawan, tokoh industri dan jemputan khas yang hadir bagi meli...

Antos Pinnacles Memperkukuh Kehadiran Global Pelbagai Bidang Kuasa Melalui AI, Teknologi dan Perancangan Aset Strategik

Image
Dengan operasi merangkumi Labuan, St Vincent and the Grenadines, Seychelles dan Hong Kong, kumpulan ini sedang membina ekosistem kewangan moden berteraskan teknologi untuk melayani pelabur antarabangsa di seluruh dunia. Labuan, 15 Mei 2026 — Antos Pinnacles terus memperkukuh kedudukannya sebagai sebuah kumpulan kewangan global dengan kehadiran pelbagai bidang kuasa antarabangsa yang semakin berkembang. Kumpulan ini telah membangunkan operasi di beberapa pusat kewangan antarabangsa, termasuk Labuan, St Vincent and the Grenadines, Seychelles dan Hong Kong, sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang untuk menawarkan perkhidmatan kewangan berasaskan AI serta perancangan aset berstruktur kepada pelabur di seluruh dunia. Entiti kumpulan yang berpangkalan di Labuan, Antos Pinnacles Limited, memegang lesen Labuan Money Broking bernombor MB/20/0053, yang dikawal selia oleh Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) di bawah kategori Straight Through Processing (STP). Jejak Antara...

Tourism Administration of Taiwan Kembali ke Malaysia Dengan Promosi Besar-Besaran di Dua Bandar Utama

Image
Malaysia terus kekal sebagai antara pasaran pelancongan utama bagi Taiwan di bawah Dasar Pandang ke Selatan Baharu (New Southbound Policy). Dengan pertumbuhan KDNK (GDP) Malaysia yang mencecah 5.2% pada tahun 2025, permintaan terhadap pelancongan luar negara dalam kalangan rakyat Malaysia turut meningkat dengan ketara.  Ditambah pula dengan hubungan akrab rakyat Malaysia terhadap Taiwan serta kemudahan pelbagai penerbangan terus, Tourism Administration, MOTC kini mempergiat usaha bagi merebut peluang pasaran ini. Bagi memperkukuhkan kedudukan strategik Taiwan untuk separuh kedua tahun 2026 serta musim cuti perayaan akan datang, sebuah delegasi pelancongan peringkat tinggi telah dibentuk. Delegasi tersebut terdiri daripada wakil kerajaan tempatan, syarikat penerbangan, agensi pelancongan, hotel dan pengusaha taman tema yang melibatkan sebanyak 29 organisasi serta 64 wakil keseluruhannya. Bermula 13 hingga 20 Mei, delegasi tersebut mengadakan siri promosi di Pulau Pinang dan Kuala L...

KL Street Arts Festival 2026 Bakal Gegarkan Dataran Merdeka Jun Ini

Image
  KUALA LUMPUR – Dataran Merdeka bakal dipenuhi aura seni dan budaya urban menerusi KL Street Arts Festival 2026 yang berlangsung pada 20 Jun ini di Jalan Raja bermula 12 tengah hari hingga 11 malam. Festival ini menghimpunkan pelbagai elemen seni jalanan termasuk persembahan muzik dan buskers, seni visual, street performers, reruai seni dan kraftangan, seminar kreatif serta aktiviti interaktif untuk pengunjung pelbagai lapisan masyarakat. Suasana festival dijangka lebih meriah pada waktu malam menerusi KL Street Jam yang menampilkan artis seperti Baba Andy, Maman Teacher’s Pet, Aru Peruzza, Muzza’s Velvettones serta persembahan khas Artis & Kombo Budaya DBKL. Selain hiburan, pengunjung turut berpeluang menyertai sesi perkongsian ilmu bersama penggiat seni tempatan termasuk Cheb Ali, Mr Labu dan Yosh Studio yang akan berkongsi mengenai seni khat, seni persembahan dan origami. Festival ini turut mendapat kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menerusi kempen “Muzik Tan...

Golf Amal Selebriti 2026 Meriah, Gabung Hiburan, Sukan Dan Kebajikan

Image
SEREMBAN, 10 Mei – Suasana penuh meriah dan santai mewarnai Golf Amal Selebriti 2026 apabila barisan selebriti, penggiat industri kreatif serta penaja berkumpul dalam satu acara yang menggabungkan elemen hiburan, sukan dan kebajikan di . Program anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dengan sokongan FINAS, Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) dan Kota Seriemas Golf & Country Club itu diadakan bagi mengumpul dana kebajikan untuk membantu artis serta penggiat filem yang memerlukan bantuan. Majlis makan malam gala yang berlangsung pada sebelah malam turut dihadiri Pengerusi FINAS, dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, . Antara selebriti yang turut memeriahkan acara ialah , , , dan bersama ramai lagi pemain industri hiburan tanah air. Presiden Karyawan, Freddie Fernandez berkata, program itu bukan sekadar acara santai bermain golf, tetapi membawa misi lebih besar iaitu membantu rakan-rakan artis yang berdepan masalah kesihatan dan kesempitan hidup. “Kita m...