Posts

Showing posts from October, 2026

MMW Perkenal Pendekatan 5R, Tawar Penjagaan Badan Tanpa Pembedahan bagi Masalah Tulang Belakang dan Saraf

Image
  KUALA LUMPUR, 16 Oktober 2026 – Kesakitan berpanjangan pada bahagian belakang, pinggang dan kaki bukan sahaja menjejaskan pergerakan, malah boleh mengganggu pekerjaan, tidur serta kehidupan seharian. Menyedari cabaran itu, MMW Bone Alignment Centre memperkenalkan pendekatan penjagaan badan MMW 5R yang merangkumi lima peringkat, iaitu Release, Realign, Restore, Rebuild dan Recover , dengan penekanan terhadap penilaian individu serta pengurusan badan secara berterusan. Pendekatan tersebut memberi perhatian kepada masalah cakera tergelincir ( slipped disc ), sakit saraf sciatic ( sciatica ), postur bongkok serta ketidakselesaan leher dan bahu yang boleh menjejaskan fungsi pergerakan. Pengasas MMW, Prof Is Dr Grandmaster Max Wong, berkata pemilihan kaedah penjagaan perlu mengambil kira keadaan fizikal, sejarah kesihatan dan keperluan setiap individu. “Profesionalisme sebenar ialah menggunakan teknik yang tepat kepada individu yang tepat. Kesakitan yang kelihatan serupa tidak s...

Dua Kumpulan, Satu Pentas! Drama Band dan Asfan Shah & Manusia Bakal Gegarkan Zepp KL

Image
KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2026 – Peminat muzik tempatan bakal menyaksikan gabungan istimewa Drama Band dan Asfan Shah bersama kumpulannya, Manusia, menerusi Konsert Malam Drama Manusia di Zepp Kuala Lumpur pada 15 Januari 2027. Dianjurkan Permaico Concerto, konsert yang dijadualkan bermula pada pukul 8.30 malam itu bakal menawarkan pengalaman berbeza menerusi konsep fantasi yang menggabungkan kepelbagaian muzik, imaginasi dan emosi. Ketua Pegawai Eksekutif Permaico Concerto, Datuk Norshida Mohamed Ali, memberikan kepercayaan kepada kedua-dua kumpulan untuk menjayakan projek berkenaan sebagai sebuah persembahan istimewa buat peminat muzik tempatan. Vokalis Asfan Shah dan Manusia, Asfan Shah, berkata konsert itu dirancang untuk membawa penonton menyelami dunia imaginasi, selain merasai pelbagai emosi menerusi persembahan yang disusun khas. “Konsep konsert ini berteraskan fantasi. Kami mahu memberikan pengalaman baharu kepada penonton, bukan sekadar datang untuk melihat penyanyi membu...

Panda Tata buka cawangan pertama di Nu Sentral, Kuala Lumpur, tawar burger dengan roti bakar segar

Image
KUALA LUMPUR – Jenama burger dari Guangzhou, China, Panda Tata, melangkah masuk ke pasaran Malaysia menerusi pembukaan cawangan pertamanya di Nu Sentral, Kuala Lumpur, dengan mengetengahkan konsep burger menggunakan roti buatan tangan yang dibakar segar. Menggabungkan teknik penyediaan moden dengan inspirasi cita rasa Asia, Panda Tata menawarkan pengalaman menjamu selera berbeza menerusi roti burger yang diuli secara manual, sos istimewa dan pilihan menu yang kreatif. Pengurus Operasinya, Daniel Leng, menerusi laporan media berkaitan, berkata jenama itu memberi penekanan terhadap kesegaran bahan dan kualiti penyediaan bagi memastikan pelanggan menikmati hidangan yang memenuhi standard ditetapkan. Keistimewaan utama Panda Tata ialah konsep Freshly Baked Chewy Bun , iaitu roti burger yang disediakan dan dibakar terus di premis. Setiap roti mengambil masa kira-kira tiga minit untuk dibakar bagi menghasilkan tekstur lembut dan kenyal. Bagi mengekalkan kesegarannya, roti yang telah melebih...

Rabbani Teroka Bidang Baharu, Lancar Dewan Acara di Kuala Lumpur

Image
KUALA LUMPUR, 13 OKTOBER 2026 — Selepas hampir 30 tahun mewarnai industri nasyid, Kumpulan Rabbani mengembangkan langkah ke bidang perniagaan menerusi pembukaan Rabbani Event Hall di Scott Garden, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Dewan pelbagai guna itu menawarkan ruang untuk majlis perkahwinan, keraian, seminar, kursus dan program motivasi, sekali gus membuka peluang kepada Rabbani untuk terus berbakti kepada masyarakat menerusi platform berbeza. Sepanjang perjalanan seni, Rabbani meraih pelbagai pengiktirafan termasuk Album Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 2001 menerusi album Iqrar 1421 , selain mengungguli kategori Artis Nasyid Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) selama 10 tahun berturut-turut. Kerjasama bersama KRU menerusi lagu Intifada dan Pergi Tak Kembali turut menjadi antara pencapaian penting Rabbani yang terus dikenang peminat sehingga kini. Dewan selesa, kemudahan lengkap Terletak di S-3-01, Tingkat 3, Parking P5, Scott Garden, Jalan Klang La...

Asia Influential Award 2026 Angkat Pencapaian Pemimpin dan Jenama Berpengaruh

Image
KUALA LUMPUR: Asia Influential Award 2026 terus memperkukuh peranannya sebagai platform mengiktiraf pencapaian pemimpin industri, usahawan dan jenama berpengaruh menerusi penganjuran kali kedua yang kini diperluas ke peringkat Asia. Organising Chairlady Asia Influential Award 2026, Dr. (H.C.) Jann Lim Shiek Ni, berkata platform berkenaan bertujuan mengetengahkan individu dan syarikat yang berjaya membangunkan perniagaan, selain memperkenalkan kisah kejayaan mereka kepada masyarakat lebih luas. Menurutnya, penganjuran tahun ini menyaksikan peluasan daripada ASEAN Influencer Award kepada Asia Influential Award susulan perkembangan jaringan antarabangsa yang kini melibatkan lebih banyak negara di rantau Asia. Beliau berkata, pengiktirafan itu bukan sekadar meraikan pencapaian penerima anugerah, malah membuka ruang kepada pemimpin industri dan usahawan untuk berkongsi pengalaman serta membina hubungan perniagaan merentasi sempadan negara. Pemilihan penerima anugerah dilaksanakan m...

Pelajar Malaysia Kini Berpeluang Teroka Bidang Perubatan di UGM, GIC Sasar 100 Pelajar Tahun Depan

Image
  KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia kini mempunyai lebih banyak peluang untuk meneroka bidang perubatan, pergigian, farmasi dan veterinar di Universitas Gadjah Mada (UGM), Indonesia menerusi kerjasama strategik antara Goon International College (GIC) dan universiti berkenaan. Kerjasama itu membuka laluan pendidikan tinggi antarabangsa yang lebih jelas kepada pelajar dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk melanjutkan pengajian di UGM, selain memberi ruang kepada kedua-dua institusi memperkukuh hubungan akademik Malaysia-Indonesia. Sebagai sebahagian daripada inisiatif itu, GIC menyasarkan pengambilan 100 pelajar Malaysia pada Januari tahun depan , khususnya bagi mereka yang berminat meneruskan pengajian dalam bidang profesional. Antara bidang pengajian yang berpotensi diketengahkan termasuk Sarjana Muda Perubatan (MBBS), Sarjana Muda Pergigian, Sarjana Muda Farmasi dan Sarjana Muda Perubatan Veterinari . Pengarah GIC, P. Prabagaran , berkata kerjasama itu bertujuan me...

KHUP5 Jadi Platform Sehenti Haji, Umrah dan Pelancongan, Himpun 34 Pengelola Jemaah Haji Berlesen | 9-11 Oktober 2026, MHCC KLIA

Image
KUALA LUMPUR, 1 Oktober 2026: Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama BUMITRA MALAYSIA akan menganjurkan Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan kali ke-5 (KHUP5) dari 9 hingga 11 Oktober 2026 di Mövenpick Hotel & Convention Centre (MHCC), KLIA, Sepang. Memasuki edisi kelima, KHUP5 menjadi platform sehenti yang menghimpunkan 34 Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen yang dilantik TH bagi Musim Haji 1448H/2027M , sekali gus memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan maklumat secara terus mengenai pakej haji, umrah dan pelancongan yang ditawarkan. KHUP5 merupakan inisiatif bersama TH dan pihak industri untuk memperkenalkan serta mempromosikan pakej yang ditawarkan oleh pengelola berlesen, di samping menjadi pusat rujukan masyarakat berkaitan urusan haji, umrah dan pelancongan patuh syariah. Pengarah Haji TH, Mohd Hisham Harun , berkata KHUP5 memberi peluang kepada bakal haji bertemu secara langsung dengan PJH berlesen bagi mendapatkan maklumat yang tepat, telus dan terkini sebelu...