Rabbani Teroka Bidang Baharu, Lancar Dewan Acara di Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 13 OKTOBER 2026 — Selepas hampir 30 tahun mewarnai industri nasyid, Kumpulan Rabbani mengembangkan langkah ke bidang perniagaan menerusi pembukaan Rabbani Event Hall di Scott Garden, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
Dewan pelbagai guna itu menawarkan ruang untuk majlis perkahwinan, keraian, seminar, kursus dan program motivasi, sekali gus membuka peluang kepada Rabbani untuk terus berbakti kepada masyarakat menerusi platform berbeza.
Sepanjang perjalanan seni, Rabbani meraih pelbagai pengiktirafan termasuk Album Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 2001 menerusi album Iqrar 1421, selain mengungguli kategori Artis Nasyid Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) selama 10 tahun berturut-turut.
Kerjasama bersama KRU menerusi lagu Intifada dan Pergi Tak Kembali turut menjadi antara pencapaian penting Rabbani yang terus dikenang peminat sehingga kini.
Dewan selesa, kemudahan lengkap
Terletak di S-3-01, Tingkat 3, Parking P5, Scott Garden, Jalan Klang Lama, Rabbani Event Hall mampu menampung lebih 400 tetamu di ruang utama, selain 200 tempat duduk di ruang luar. Dewan berhawa dingin serta kemudahan parkir yang luas turut disediakan bagi keselesaan pengunjung.
Bagi menawarkan perkhidmatan lebih menyeluruh, Rabbani Event Hall bekerjasama dengan pelbagai rakan strategik dalam penyediaan katering, dekorasi, pelamin, solekan, busana pengantin, spa, fotografi, photo booth dan sistem siar raya (PA).
Antara rakan kerjasama terlibat ialah CB Asset Management, Azam Pandan Catering, Bonda Catering, Demecca Decor Event, White Infinity Medispa dan The Papa Razzi, selain beberapa penyedia perkhidmatan lain.
Rabbani berharap dewan ini bukan sekadar menjadi lokasi meraikan hari istimewa, malah dimanfaatkan sebagai ruang perkongsian ilmu, pembangunan masyarakat dan pengukuhan silaturahim.
“Bagi kami, Rabbani Event Hall ini umpama ladang untuk kita bercucuk tanam. Apa yang kita usahakan di sini, mudah-mudahan membuahkan kebaikan dan memberi manfaat kepada semua,” menurut Kumpulan Rabbani.
Diskaun RM3,000 sempena pembukaan
Sempena pembukaan Rabbani Event Hall, pelanggan yang membuat tempahan pakej perkahwinan sepanjang Oktober 2026 bakal menikmati diskaun RM3,000, selain berpeluang memenangi pakej bulan madu menerusi cabutan bertuah dan menerima pakej spa “Naik Seri” secara percuma.
Orang ramai dijemput berkongsi maklumat mengenai Rabbani Event Hall dengan keluarga dan kenalan bagi membantu lebih ramai pelanggan mendapatkan pakej majlis mengikut keperluan masing-masing.
Penghargaan kepada rakan kerjasama
Rabbani Empire Resources merakamkan penghargaan kepada semua rakan strategik, penaja, petugas, tetamu dan pengamal media yang membantu menjayakan Sidang Media Perasmian Rabbani Event Hall.
Kerjasama dan sokongan semua pihak diharap dapat memperkukuh usaha menjadikan Rabbani Event Hall sebagai pilihan bagi pelbagai majlis dan acara.
Untuk pertanyaan dan tempahan:
- Laman web: www.rabbanieventhall.com
- WhatsApp: 016-200 7400
- E-mel: rabbanieventhallhq@gmail.com
Dikeluarkan oleh: Rabbani Empire Resources bagi pihak Kumpulan Rabbani dan Rabbani Event Hall.



Comments
Post a Comment