SUARA HATI KHAI BAHAR SYAWAL INI MENERUSI SINGLE “AKU RINDU”

 


Balada Raya Penuh Emosi Tentang Kehilangan & Kerinduan Tak Berpenghujung,
Terbitan Sony Music Entertainment Malaysia

KUALA LUMPUR, 6 MAC 2026 – Penyanyi Khai Bahar kembali menyentuh hati peminat
dengan single Raya terbaharunya, “Aku Rindu”, diterbitkan di bawah label muzik popular,
Sony Music Entertainment Malaysia, dan digubah oleh komposer Farouk Roman serta
liriknya ditulis oleh Adrianna Cinta.
Lagu ini bukan sekadar sambutan Aidilfitri biasa, ia membawa pendengar menyelami
gelombang rindu Khai terhadap ibu tercinta yang telah pergi, melalui balada dramatik dan
melankolik yang memadukan emosi mendalam dengan keindahan muzik Raya.

Setiap baitnya
mengajak pendengar merasai kehangatan Syawal penuh kenangan dan makna, seolah
membawa mereka ke momen yang kekal di hati.

Rasa Rindu Dihidupkan Melalui Muzik
Bagi Khai, “Aku Rindu” menonjol kerana keberaniannya membawa rasa rindu yang tulus, jauh
daripada sekadar keceriaan Raya.
“Lagu ini lebih reflektif dan emosional. Ia bukan sekadar untuk sambutan, tapi untuk dirasai,
terutama bagi mereka yang berjauhan atau kehilangan,” jelas Khai.

Lagu ini lahir daripada pengalaman peribadi Khai sendiri, di mana kenangan bersama ibunya
sentiasa segar dalam ingatan. “Aku Rindu” membolehkan Khai menyalurkan perasaan itu
dalam bentuk muzik, membentuk satu karya yang bukan sahaja menghibur, tetapi juga
menyentuh jiwa pendengar.

Perjalanan emosi lagu ini disusun dengan teliti: bait-bait lagu yang jujur seolah bercerita, pra-
korus yang perlahan-lahan membangkitkan perasaan, dan korus yang melepaskan rindu
sepenuhnya, diakhiri dengan penutup yang tenang dan damai, seolah menyelubungi
pendengar dalam ketenangan Syawal.
Cabaran Vokal & Kehalusan Penghayatan
Pendengar pasti akan terbuai dengan korus terakhir yang menjadi puncak dramatik lagu ini,
menuntut kawalan vokal yang mantap dan penghayatan emosi yang tepat.

“Kalau terlalu kuat, jiwanya hilang, dan kalau terlalu lembut, klimaksnya pula tidak sampai.
Jadi, kena seimbangkan di antara power dan feel,” jelas Khai.

Untuk memastikan perasaan rindu dan suasana malam raya benar-benar sampai kepada
pendengar, Khai menekankan penghayatan bukan sahaja melalui teknik vokal, tetapi juga
melalui bayangan suasana sebenar: bunyi takbir di malam Raya, suasana ramai yang pulang
ke kampung dan rasa berjauhan dengan insan tersayang.

“Bila kita sendiri rasa, Insya-Allah pendengar pun boleh rasa,” tambahnya.
Teknik vokal khas seperti breathy tone (nada bernafas) pada bait lirik, vokal yang penuh
namun lembut di korus, serta falsetto halus di beberapa bahagian menambah lapisan
dramatik dan kesan melankolik yang menusuk jiwa.
Di Balik Tabir Rakaman
Proses rakaman berlangsung dalam suasana fokus dan tenang, membolehkan Khai benar-
benar menyelami rasa setiap lirik. Beberapa rakaman diulang demi memastikan setiap emosi
disampaikan dengan sempurna, membolehkan pendengar merasai keikhlasan dan kedalaman
perasaan yang ingin disampaikan.

“Semua yang terlibat memberi ruang untuk saya masuk mood sepenuhnya. Ada beberapa
rakaman yang saya minta ulang sebab hendak dapat feel yang tepat,” jelas Khai.
Bagi Khai, kekuatan lagu ini terletak pada gabungan lirik dan melodinya. Melalui lirik ia
membawa cerita, manakala melalui melodi emosi disampaikan, sementara susunan muzik
menyokong keseluruhan tanpa berlebihan, membentuk satu karya lengkap yang bukan
sekadar untuk didengar, tetapi untuk dirasai.

Harapan Untuk Pendengar
Khai berharap lagu ini bukan sahaja didengar, tetapi benar-benar dirasai:
“Saya harap bila orang dengar kali pertama, mereka terus rasa tersentuh, mungkin teringat
seseorang, kampung halaman atau momen Raya yang bermakna. Kalau lagu ini boleh buat
orang diam sejenak dan rasa sesuatu dalam hati, itu sudah cukup bermakna bagi saya.”
“Aku Rindu” adalah jemputan Khai buat setiap pendengar untuk menyelami emosi Syawal,
merasai kehangatan kasih sayang keluarga, dan menghargai kenangan yang kekal di hati.

Nikmati Lagu Ini Di Mana Sahaja
Single Raya “Aku Rindu” oleh Khai Bahar kini boleh distrim pada bila-bila masa di semua
platform digital utama seperti Apple Music, Spotify dan YouTube. Rasai setiap detik rindu,
kehangatan dan keindahan Syawal yang dibawa oleh Khai sepanjang Ramadan dan Aidilfitri
ini.

Kredit
Lagu : “Aku Rindu”
Artis : Khai Bahar
Komposer : Farouk Roman
Penulis lirik : Adrianna Cinta
Penerbit : Farouk Roman
Penyusun Muzik : Reza Ramsey
Penerbit Vokal / Pengarah Gaya Vokal : Afif Tirmizie
Adunan & Mastering Audio : Wan Saleh
Sebarang pertanyaan lanjut, promosi dan temu bual, sila hubungi Jabatan Domestik Sony Music
Entertainment Malaysia:

Veea Norman | +6 013 203 2130 | veea.norman@sonymusic.com
Fitrah Ilahi | +6 013 200 0813 | fitrah.ilahi@sonymusic.com
TENTANG SONY MUSIC ENTERTAINMENT
Di Sony Music Entertainment, kami menghormati perjalanan seni. Para pencipta kami membentuk
perubahan, budaya, komuniti dan sejarah. Kami telah memainkan peranan penting dalam sejarah
muzik. Perjalanan kami bermula dari menubuhkan syarikat rakaman muzik pertama sehingga
mencipta rakaman cakera padat. 

Kami telah membimbing ramai artis ikonik dalam dunia seni muzik
dan menerbit beberapa buah rakaman yang berpengaruh sepanjang zaman. Sony Music
Entertainment kini mempunyai lebih dari 100 cawangan syarikat di seluruh dunia untuk menyokong
pelbagai pencipta yang berbakat pada setiap peringkat serta di setiap pentas persembahan. Di
samping muzik, hiburan dan teknologi, kami juga membawa imaginasi, kepakaran kepada platform
dan model perniagaan yang baharu serta peluang untuk menembusi pasaran luar.

Semua usaha ini
adalah untuk menyokong eksperimen, pengambilan risiko dan kemajuan komuniti kreatif. Sony Music
Entertainment telah menerapkan prinsip perkongsian yang mendalam, kepercayaan, punca yang
berasas bagi meningkatkan dan memperkuatkan masyarakat di seluruh dunia. Sony Music
Entertainment adalah sebahagian daripada keluarga global Sony. Pelajari lebih lanjut mengenai
pencipta dan label rekod kami sini.


Comments

Popular posts from this blog

Gema Selawat Hijrah 1447H: Pelancaran Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide Diangkat ke Peringkat Serantau

“Detik Gemilang Wanita Hebat: Dari Zarina Zainuddin ke Dr. Soo Wincci, Worthy Wonder Women 2025 Rai Kejayaan”

GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD LANTIK PU RIZ, USTAZAH ISFADIAH SEBAGAI IKON JEMAAH HAJI