7,000 Banjiri Bangi Square, Sorak Final World Cup Bersama TPM


BANGI, 20 Julai – Sorakan ribuan peminat bola sepak bergema di Bangi Square 2 apabila  kira-kira 7,000 pengunjung membanjiri Program Final FIFA World Cup 2026 Viewing Party & Semarak Subuh bersama Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, awal pagi tadi.


Program yang berlangsung dari jam 12.00 tengah malam hingga selesai Solat Subuh itu berjaya menghimpunkan peminat bola sepak, belia, keluarga dan masyarakat setempat untuk bersama-sama menyaksikan Perlawanan Akhir FIFA World Cup 2026 menerusi tayangan skrin besar dalam suasana yang penuh semangat, harmoni dan kebersamaan.


Kehadiran YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menambahkan lagi kemeriahan program apabila beliau meluangkan masa beramah mesra bersama pengunjung, menyantuni orang ramai dan turut menyaksikan perlawanan akhir bersama mereka.


Program turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian menarik termasuk sesi Borak Bola bersama legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan, Farizal Marlias dan Zaquan Adha yang berkongsi pengalaman serta pandangan mengenai aksi kemuncak kejohanan dunia itu.




Selain itu, pentas hiburan terus dihangatkan dengan persembahan Dato' Hattan, Marsha Londoh dan juga penyanyi kesayangan ramai, Hazama, yang berjaya menghiburkan para pengunjung sepanjang malam.


Suasana bertambah gamat apabila seorang pengunjung bertuah berjaya membawa pulang sebuah skuter elektrik bernilai lebih RM6,000 sebagai cabutan bertuah sekali gus mencetuskan sorakan gemuruh daripada ribuan pengunjung yang hadir.


Sepanjang program, pengunjung turut menikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman ringan termasuk 1,500 cawan Riachiamo Coffee yang dihidan  sambil bersama-sama mengikuti aksi mendebarkan Perlawanan Akhir FIFA World Cup 2026 dalam suasana yang selesa dan meriah.


Sebaik wisel penamat dibunyikan, program diteruskan dengan Semarak Subuh bersama Timbalan Perdana Menteri itu.
 Pengisian tersebut menjadi penutup yang cukup bermakna apabila ribuan pengunjung bersama-sama menunaikan Solat Subuh berjemaah di Surau Al-hamidiah, Kajang, sekali gus mencerminkan keunikan program yang menggabungkan semangat kesukanan, perpaduan komuniti dan nilai kerohanian.




Program julung kali diakan ini bukan sahaja menjadi platform untuk rakyat menyaksikan perlawanan bola sepak paling berprestij dunia secara bersama, malah berjaya mengukuhkan semangat perpaduan dan silaturahim dalam kalangan masyarakat pelbagai lapisan.


Dengan sambutan luar biasa daripada lebih 7,000 pengunjung, penganjuran Program Final FIFA World Cup 2026 Viewing Party & Semarak Subuh membuktikan bahawa sukan mampu menjadi medium yang menyatukan rakyat, manakala pengisian kerohanian pula melengkapkan sebuah malam yang penuh makna dan dikenang oleh semua yang hadir 


Semalam, Sepanyol muncul juara Piala Dunia 2026 selepas menewaskan juara bertahan Argentina 1-0 menerusi masa tambahan dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium New York New Jersey pada Ahad.



Kemenangan itu turut menamatkan impian Argentina untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada 2022, selain menafikan hasrat Lionel Messi untuk menutup kempen Piala Dunia dengan satu lagi trofi dunia.


Ferran Torres muncul wira Sepanyol apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-106 untuk menghadiahkan gelaran dunia kedua buat La Roja selepas kejayaan pertama mereka pada edisi 2010 di Afrika Selatan.




Comments

Popular posts from this blog

“Detik Gemilang Wanita Hebat: Dari Zarina Zainuddin ke Dr. Soo Wincci, Worthy Wonder Women 2025 Rai Kejayaan”

Majlis Berbuka Puasa Perdana Santuni 200 Asnaf di Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai

Gema Selawat Hijrah 1447H: Pelancaran Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide Diangkat ke Peringkat Serantau