JCIP International Bantu Perniagaan Lindungi Jenama, Perkukuh Pengembangan Global
Menyedari keperluan tersebut, JCIP International, sebuah firma perunding harta intelek butik yang berpangkalan di Kuala Lumpur, tampil membantu perniagaan membangunkan strategi cap dagangan rentas sempadan bagi melindungi jenama serta menyokong pengembangan ke pasaran global.
Diasaskan oleh Pengasas dan Pengarah Urusan, Joyi Cheah, JCIP International ditubuhkan dengan matlamat memudahkan perlindungan harta intelek kepada pengasas syarikat dan perniagaan yang berhasrat mengembangkan operasi ke peringkat antarabangsa.
Menurut Joyi, harta intelek perlu dirancang secara proaktif dan bukan hanya diberi perhatian selepas berlakunya masalah.
Katanya, firma itu membantu pelanggan mengenal pasti risiko lebih awal, membangunkan strategi perlindungan yang bersesuaian serta membina asas kukuh sebelum memasuki pasaran baharu.
Beliau yang mempunyai pengalaman lebih sedekad dalam bidang perlindungan cap dagangan di pelbagai negara berkata, ramai pemilik perniagaan hanya mula memberi perhatian kepada harta intelek selepas berdepan pelbagai isu seperti jenama didaftarkan pihak lain di luar negara, tuntutan pelanggaran cap dagangan atau kesukaran mendapatkan pelaburan dan mengembangkan perniagaan.
"Kami sentiasa mengingatkan para pengasas bahawa melindungi cap dagangan bukan sekadar mendapatkan sijil pendaftaran. Ia adalah tentang melindungi masa depan sesebuah perniagaan. Jenama yang kukuh memerlukan strategi perlindungan yang sama kukuh," katanya.
Berbeza dengan firma yang hanya menguruskan proses pemfailan cap dagangan, JCIP International mengamalkan pendekatan Founder-First, iaitu memulakan setiap penglibatan dengan memahami objektif komersial pelanggan, hala tuju syarikat serta risiko harta intelek yang boleh mempengaruhi pertumbuhan perniagaan.
Melalui pendekatan itu, firma berkenaan membantu pengasas membuat keputusan cap dagangan yang lebih tepat bagi meningkatkan nilai jenama, mengurangkan risiko pada masa hadapan dan menyokong pengembangan antarabangsa secara mampan.
Selain itu, JCIP International turut membimbing perniagaan membina strategi perlindungan jenama, mengurus portfolio cap dagangan serta membuat keputusan harta intelek rentas sempadan yang menyokong pengembangan pasaran, kesiapsiagaan pelaburan dan peningkatan nilai syarikat dalam jangka panjang.
Kini, firma tersebut menyediakan khidmat nasihat kepada pelbagai sektor termasuk teknologi, perisian dan Software as a Service (SaaS), permainan digital, pembuatan, barangan pengguna bergerak pantas (FMCG), makanan dan minuman, penjagaan kesihatan, pendidikan, runcit, e-dagang serta perkhidmatan profesional.
Pelanggannya merangkumi syarikat pemula yang inovatif, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berorientasikan eksport hinggalah syarikat yang mengurus portfolio cap dagangan di pelbagai negara.
Komitmen JCIP International dalam menyediakan khidmat nasihat strategik berkaitan cap dagangan turut mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila firma itu bersama Joyi Cheah diiktiraf oleh IP STARS, antara penerbit penarafan profesional harta intelek paling berprestij di dunia.
Pengiktirafan tersebut mencerminkan komitmen firma berkenaan dalam menyediakan strategi cap dagangan yang berpaksikan keperluan komersial bagi menyokong pertumbuhan perniagaan dan perlindungan jenama merentasi pelbagai bidang kuasa.
Dalam masa sama, Joyi berkata perlindungan cap dagangan rentas sempadan kini semakin penting memandangkan kebanyakan negara mengamalkan sistem "first-to-file", iaitu pihak pertama yang berjaya mendaftarkan sesuatu cap dagangan lazimnya memperoleh hak eksklusif terhadap jenama tersebut.
Menurutnya, kelewatan mendapatkan perlindungan boleh menyebabkan risiko undang-undang, kos penjenamaan semula yang tinggi serta mengganggu rancangan pengembangan perniagaan.
Bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan harta intelek, Joyi juga sering dijemput sebagai penceramah dalam pelbagai program keusahawanan, inisiatif eksport, forum industri dan acara perniagaan untuk berkongsi pandangan mengenai strategi cap dagangan, perlindungan jenama antarabangsa serta perancangan harta intelek.
"Kami mahu perniagaan memikirkan tentang harta intelek sebelum mereka menghadapi masalah. Lebih awal seseorang pengasas memahami strategi cap dagangan, lebih banyak pilihan yang mereka miliki. Mencegah sentiasa lebih baik dan lebih menjimatkan daripada menyelesaikan pertikaian selepas ia berlaku," katanya.
Selain memperkukuh khidmat nasihat, JCIP International turut melabur dalam teknologi dan inovasi proses kerja dengan menggabungkan aliran kerja yang diperkasakan oleh kecerdasan buatan (AI) bersama pengawasan profesional bagi meningkatkan kecekapan, konsistensi dan respons kepada pelanggan.
Seiring perkembangan perniagaan global, firma itu turut membangunkan pelbagai sumber pendidikan, rangka kerja praktikal serta penyelesaian berasaskan teknologi bagi membantu para pengasas membuat keputusan harta intelek yang lebih baik pada setiap peringkat pertumbuhan perniagaan.
Berpandukan falsafah "IP Beyond Borders", JCIP International komited membantu perniagaan mengubah perlindungan cap dagangan daripada sekadar formaliti undang-undang kepada satu kelebihan strategik, sekali gus membolehkan para pengasas mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih yakin di Malaysia, Asia Tenggara dan seluruh dunia.




Comments
Post a Comment