Resipi Khas Chef Beijing, Dumpling Segar Dibuat Setiap Hari: PAPA BEST'S Perkenal Sajian Tradisi Cina Mengikut Cita Rasa Tempatan
KUALA LUMPUR – Menggabungkan keaslian sajian tradisional Cina dengan cita rasa tempatan, PAPA BEST'S tampil memperkenalkan pengalaman menikmati dumpling buatan tangan yang bukan sahaja menitikberatkan rasa, malah mengekalkan keunikan penyediaan secara tradisional.
Menurut wakil PAPA BEST'S, Nafina, jenama yang berasal dari Malaysia itu kini membuka outlet pertamanya di negara ini sebagai langkah memperkenalkan kepelbagaian sajian dumpling kepada masyarakat tempatan, khususnya pelanggan yang ingin mencuba hidangan berasaskan tradisi masakan Cina.
Menariknya, resipi dumpling PAPA BEST'S dibangunkan khas oleh seorang chef dari Beijing yang mendapat pengiktirafan Michelin Guide, sekali gus memberikan keistimewaan tersendiri kepada setiap hidangan yang ditawarkan.
Setiap dumpling dihasilkan dan dibungkus secara handmade mengikut kaedah tradisional Cina, namun disesuaikan dengan cita rasa tempatan bagi memastikan hidangan berkenaan dapat dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat.
PAPA BEST'S menawarkan lapan pilihan perisa dumpling, antaranya Chicken Mushroom, Beef Truffle, Beef Carrot, Chicken Chive, Chicken and Prawn serta Wonton.
Bagi yang ingin merasai sendiri rasa nikmat makanan hebat mereka boleh datang ke kedai yang baru sahaja dirasmikan baru-baru ini. Suasana tempat makan yang selesa dan pelbagai pilihan menanti anda.
Antara pilihan paling mendapat sambutan ialah Chicken and Prawn yang menggabungkan kelembutan isi ayam dengan kesegaran udang, menghasilkan kombinasi rasa yang sesuai untuk pelanggan yang pertama kali ingin mencuba dumpling di sini.
Bukan itu sahaja, pengunjung turut boleh menikmati pelbagai pilihan hidangan lain termasuk mi wonton, sup wonton, mi daging lembu kering (beef dry noodles), sup daging lembu serta menu baharu iaitu mi kari.
Selain dumpling dan mi, PAPA BEST'S turut menyediakan pilihan hidangan sampingan seperti sayur-sayuran dan Chicken Mala yang juga antara menu pilihan pelanggan.
Apa yang menjadikan PAPA BEST'S lebih istimewa ialah komitmennya menyediakan dumpling segar setiap hari tanpa menyimpan lebihan untuk jualan pada hari berikutnya.
Menurut Nafina, proses penyediaan bermula seawal pagi dengan penyediaan bahan-bahan, inti dan seterusnya pembungkusan dumpling secara manual di premis berkenaan.
Malah, bahan-bahan dan inti yang digunakan turut disediakan sendiri bagi memastikan kesegaran serta kualiti makanan sentiasa terpelihara.
Menariknya, pengunjung bukan sahaja berpeluang menikmati hidangan yang disediakan, malah boleh melihat sendiri proses pembuatan dumpling secara langsung di premis berkenaan.
Peluang itu turut dibuka kepada pelanggan yang ingin merakam video atau mengambil gambar ketika proses penyediaan berlangsung, sekali gus memberikan pengalaman lebih dekat dengan seni pembuatan dumpling tradisional.
Bagi mereka yang ingin menikmati dumpling di rumah, PAPA BEST'S turut menawarkan pilihan dumpling sejuk beku (frozen) yang boleh dibeli dan dibawa pulang untuk disediakan pada bila-bila masa.
PAPA BEST beroperasi setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 9.30 malam, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati pelbagai pilihan dumpling dan mi sepanjang hari.
Dengan gabungan resipi istimewa, penyediaan segar setiap hari serta pilihan menu yang pelbagai, PAPA BEST menyasarkan untuk menjadikan dumpling sebagai antara sajian yang lebih dekat dengan selera masyarakat Malaysia.











Comments
Post a Comment