Decathlon Merdeka 118 Angkat Warisan Songket, Gabung Identiti Malaysia Dengan Dunia Sukan

 

KUALA LUMPUR – Decathlon Malaysia memperkenalkan kedai flagship terbaharunya di Merdeka 118, sekali gus membawa pendekatan unik dengan menggabungkan elemen warisan budaya tempatan bersama pengalaman sukan moden.

Premis berkenaan menampilkan konsep reka bentuk yang diinspirasikan daripada peristiwa bersejarah pengisytiharan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka.

Peristiwa ketika Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, mengangkat tangan kanannya sebagai simbol kemerdekaan menjadi asas inspirasi kepada reka bentuk kedai berkenaan.

Elemen tradisional songket turut diterapkan dalam reka bentuk moden bagi mencerminkan penghargaan terhadap identiti, seni dan warisan budaya Malaysia.

Menurut Decathlon Malaysia, pendekatan itu bukan sekadar menampilkan keunikan seni tempatan, malah menghubungkan nilai sejarah negara dengan gaya hidup aktif masyarakat masa kini.

Syarikat berkenaan turut menegaskan komitmennya untuk menjadikan sukan sebagai aktiviti yang boleh dinikmati semua lapisan masyarakat menerusi empat nilai utama iaitu Vitaliti, Kemurahan Hati, Tanggungjawab dan Keaslian.



Dengan penawaran produk serta perkhidmatan merangkumi lebih 60 jenis sukan, Decathlon menyediakan pelbagai pilihan pada harga berpatutan, selain penyelesaian inovatif bagi memenuhi keperluan pengguna.

Kehadiran kedai flagship itu dijangka menjadi ruang pertemuan antara warisan budaya Malaysia dengan dunia sukan moden, di samping menggalakkan lebih ramai rakyat mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.


Decathlon Merdeka 118 membawa mesej bahawa warisan budaya dan semangat kesukanan mampu disatukan dalam satu pengalaman yang membina komuniti lebih aktif dan sihat.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Berbuka Puasa Perdana Santuni 200 Asnaf di Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai

“Detik Gemilang Wanita Hebat: Dari Zarina Zainuddin ke Dr. Soo Wincci, Worthy Wonder Women 2025 Rai Kejayaan”

TERMA 2025: Bila Tarian Etnik Jadi Cerita, Bukan Sekadar Persembahan