Asia Influential Award 2026 Angkat Pencapaian Pemimpin dan Jenama Berpengaruh


KUALA LUMPUR: Asia Influential Award 2026 terus memperkukuh peranannya sebagai platform mengiktiraf pencapaian pemimpin industri, usahawan dan jenama berpengaruh menerusi penganjuran kali kedua yang kini diperluas ke peringkat Asia.


Organising Chairlady Asia Influential Award 2026, Dr. (H.C.) Jann Lim Shiek Ni, berkata platform berkenaan bertujuan mengetengahkan individu dan syarikat yang berjaya membangunkan perniagaan, selain memperkenalkan kisah kejayaan mereka kepada masyarakat lebih luas.


Menurutnya, penganjuran tahun ini menyaksikan peluasan daripada ASEAN Influencer Award kepada Asia Influential Award susulan perkembangan jaringan antarabangsa yang kini melibatkan lebih banyak negara di rantau Asia.


Beliau berkata, pengiktirafan itu bukan sekadar meraikan pencapaian penerima anugerah, malah membuka ruang kepada pemimpin industri dan usahawan untuk berkongsi pengalaman serta membina hubungan perniagaan merentasi sempadan negara.


Pemilihan penerima anugerah dilaksanakan menerusi tiga peringkat, bermula dengan proses pencalonan sebelum calon dinilai oleh panel penilai dari negara berbeza.


Proses berkenaan bertujuan mengenal pasti individu dan syarikat yang mempunyai pencapaian serta rekod perniagaan yang memenuhi kriteria ditetapkan.


Antara kriteria yang dinyatakan ialah perniagaan dengan hasil melebihi RM1 juta serta syarikat yang telah beroperasi sekurang-kurangnya tiga tahun.




Penganjuran kali ini turut menyaksikan kehadiran tetamu dan wakil dari beberapa negara, termasuk Filipina, Thailand, China, Taiwan, Malaysia dan India.


Kehadiran wakil pelbagai negara itu mencerminkan usaha memperluas jaringan hubungan dalam kalangan pemimpin perniagaan serta membuka peluang kepada kerjasama di peringkat antarabangsa.


Selain memberikan pengiktirafan kepada pencapaian individu dan jenama, platform berkenaan turut memberi penekanan kepada perkongsian kisah kejayaan perniagaan sebagai sumber inspirasi kepada usahawan lain.



Pihak penganjur turut menyatakan komitmen untuk meneruskan penganjuran anugerah itu setiap tahun bagi memastikan usaha mengiktiraf pemimpin industri dan jenama berpengaruh dapat diteruskan.


Dengan peluasan daripada peringkat ASEAN kepada Asia, Asia Influential Award 2026 diharap dapat terus menjadi platform yang menghubungkan komuniti perniagaan, mengetengahkan pencapaian usahawan serta memperkukuh kerjasama antara negara.


Comments

Popular posts from this blog

“Detik Gemilang Wanita Hebat: Dari Zarina Zainuddin ke Dr. Soo Wincci, Worthy Wonder Women 2025 Rai Kejayaan”

Majlis Berbuka Puasa Perdana Santuni 200 Asnaf di Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai

TERMA 2025: Bila Tarian Etnik Jadi Cerita, Bukan Sekadar Persembahan