Penjagaan Awet Muda Bermula Dari Dalam, NovaBio Lancar GenEla dan NuEla


PUTRAJAYA, 10 Julai – Penjagaan awet muda bukan lagi sekadar tertumpu kepada rutin penjagaan kulit atau rawatan luaran. Kini, semakin ramai mula memberi perhatian kepada kesihatan dalaman sebagai asas untuk kekal sihat, cergas dan menjalani proses penuaan secara sihat.

Seiring perkembangan itu, NovaBio CellTech Sdn. Bhd. melancarkan dua jenama produk longevity regeneratif, GenEla dan NuEla, yang dibangunkan di Malaysia menggunakan teknologi sel stem tumbuhan serta ramuan botani berasaskan penyelidikan saintifik bagi menyokong kesihatan sel dan kesejahteraan jangka panjang.

Majlis pelancaran yang berlangsung di Le Méridien Putrajaya itu memperkenalkan rangkaian produk ME-CELL™, ME-LLION™, ME-BELLE™ di bawah jenama GenEla, selain ExoRenew+ Serum di bawah jenama NuEla.

Menurut NovaBio, produk tersebut dibangunkan sebagai sebahagian daripada pendekatan penjagaan kesihatan pencegahan yang menggalakkan intervensi awal bagi membantu individu mengekalkan kesihatan, tenaga dan kualiti hidup apabila usia semakin meningkat.

Antara produk utama ialah ME-CELL™, yang mengandungi MonaJuventa™ Nu, ramuan botani dari Switzerland yang memenangi pelbagai anugerah dan dihasilkan menggunakan teknologi sel stem tumbuhan daripada spesies epal Switzerland yang jarang ditemui. Ramuan itu turut diperkaya dengan ekstrak botani daripada anggur yang dibangunkan untuk membantu menyokong daya tahan sel dan proses penuaan sihat berdasarkan kajian saintifik.

Selain itu, ME-LLION™ dirumus khas bagi menyokong kesihatan lelaki, termasuk membantu mengekalkan tahap tenaga, fungsi vaskular, kesihatan hormon serta kecergasan harian.

Bagi wanita pula, ME-BELLE™ diformulasikan untuk membantu menyokong keseimbangan hormon, kesihatan kulit, tenaga dan kesejahteraan menyeluruh melalui gabungan ramuan botani yang dipilih secara saintifik.



Majlis pelancaran itu turut menghimpunkan beberapa tokoh industri dan penyelidik termasuk Pengasas Mibelle Biochemistry, Switzerland, Dr. Fred Zülli; Pengasas NovaBio CellTech, Puan Sri Datin Sri Ela Tan; Pengarah NovaBio CellTech, Saw Hui Ping; saintis Universiti Malaya, Dr. Gokula Mohan; pakar perubatan fungsian Dr. Sashi; selebriti serta rakan jenama Azar Azmi, selain Datuk Willy dan Francis Tan.

Ketika berucap, Dr. Gokula berkata pendekatan penjagaan kesihatan kini perlu beralih daripada merawat penyakit kepada mencegah masalah kesihatan lebih awal melalui pemakanan dan suplemen yang disokong bukti saintifik.

Beliau berkata NovaBio bekerjasama rapat dengan profesional kesihatan tempatan bagi memastikan produk digunakan secara bertanggungjawab, selain memberi penekanan kepada formulasi yang menggunakan dos ramuan berdasarkan kajian saintifik sedia ada.

Sementara itu, Dr. Fred Zülli menjelaskan teknologi sel stem tumbuhan yang digunakan bermula daripada penyelidikan sejak 2008 menggunakan spesies epal Switzerland yang jarang ditemui. Teknologi tersebut kini diperluaskan kepada pelbagai aplikasi dalam bidang nutraseutikal dan kesejahteraan regeneratif selepas melalui penyelidikan bertahun-tahun.

Dr. Sashi pula berkata tekanan oksidatif merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada proses penuaan. Justeru, ramuan seperti Ashwagandha dan ekstrak delima digunakan dalam formulasi ME-LLION™ bagi membantu menyokong fungsi vaskular, daya tahan terhadap tekanan dan kesihatan hormon.

Bagi ME-BELLE™, beliau berkata formulasi itu mengandungi ramuan botani yang dipilih bagi membantu menyokong penghasilan kolagen, keanjalan kulit, keseimbangan hormon serta kesejahteraan wanita.

NovaBio memaklumkan semua produk didaftarkan di bawah kategori makanan tambahan dan dipasarkan menerusi klinik pengamal perubatan am (GP), klinik estetik serta klinik perubatan fungsian supaya pengguna mendapat panduan daripada profesional kesihatan.

Produk turut boleh diperoleh melalui saluran media sosial rasmi NovaBio dan platform rasmi rakan jenamanya, Azar Azmi.


Menurut syarikat itu, formulasi berasaskan tumbuhan tersebut sesuai untuk individu berusia 21 tahun ke atas yang ingin menyokong kesihatan dan kesejahteraan diri. Mereka yang mempunyai penyakit tertentu atau sedang mengambil ubat preskripsi disaran mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakannya.

NovaBio turut menegaskan bahawa produk ini bukan bertujuan menggantikan nutrien daripada pemakanan seimbang atau suplemen vitamin, sebaliknya bertindak sebagai pelengkap kepada gaya hidup sihat melalui penggunaan ramuan botani yang dipilih berdasarkan penyelidikan saintifik bagi menyokong kesihatan sel dan kesejahteraan menyeluruh.

Dengan pelancaran GenEla dan NuEla, NovaBio berharap dapat memperluaskan akses rakyat Malaysia kepada produk penjagaan kesihatan pencegahan berasaskan sains, sebelum membawa jenama tempatan itu menembusi pasaran antarabangsa pada masa hadapan.

Comments

Popular posts from this blog

“Detik Gemilang Wanita Hebat: Dari Zarina Zainuddin ke Dr. Soo Wincci, Worthy Wonder Women 2025 Rai Kejayaan”

Majlis Berbuka Puasa Perdana Santuni 200 Asnaf di Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai

Gema Selawat Hijrah 1447H: Pelancaran Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide Diangkat ke Peringkat Serantau