KLIBW 2026 Anjur Open Day 2.0, Peluang Jenama Kecantikan Tempah Booth Lebih Awal
KUALA LUMPUR, 13 Julai – Jenama kecantikan, kosmetik, penjagaan kulit, wangian, kesihatan dan kesejahteraan yang ingin mengembangkan perniagaan kini berpeluang menyertai KL International Beauty Week (KLIBW) 2026 menerusi Open Day 2.0, yang akan berlangsung pada 15 Julai 2026 di Common Ground Ampang.
Program khas itu dianjurkan bagi memberi peluang kepada bakal peserta dan vendor mengenali dengan lebih dekat konsep serta kelebihan menyertai acara kecantikan B2C terbesar di Malaysia sebelum pameran utama berlangsung pada 9 hingga 11 Oktober 2026 di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), Hall 1 & 2.
Open Day 2.0 akan diadakan dalam dua sesi iaitu 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari dan 3.00 petang hingga 6.00 petang, bagi memudahkan kehadiran peserta mengikut kesesuaian masa.
Sepanjang sesi berlangsung, peserta akan diberikan taklimat lengkap mengenai KLIBW 2026, termasuk peluang perniagaan yang ditawarkan, strategi pemasaran acara serta manfaat yang bakal dinikmati oleh vendor.
Selain itu, peserta turut berpeluang mengadakan sesi konsultasi secara percuma bersama pasukan KLIBW bagi mendapatkan cadangan terbaik berkaitan penyertaan, pemilihan pakej dan strategi memaksimumkan pendedahan jenama sepanjang acara berlangsung.
Lebih menarik, bakal vendor juga boleh melihat sendiri pelan ruang pameran, memilih lokasi booth pilihan serta membuat tempahan secara terus pada hari berkenaan, tertakluk kepada kekosongan.
KLIBW 2026 dijangka menghimpunkan lebih 400 jenama kecantikan tempatan dan antarabangsa, sekali gus menjadi platform terbaik untuk meningkatkan kesedaran jenama, memperluaskan rangkaian perniagaan serta menjana jualan melalui ribuan pengunjung yang hadir sepanjang tiga hari pameran.
Penyertaan adalah terhad dan pihak penganjur menggalakkan semua jenama yang berminat membuat tempahan awal bagi memastikan tempat masing-masing.
Orang ramai dan pemain industri yang ingin menghadiri Open Day 2.0 boleh membuat pendaftaran awal melalui borang RSVP yang disediakan oleh pihak penganjur.
Calling all Beauty Brands and vendors!
OPEN DAY 2.0 2026 – KL INTERNATIONAL BEAUTY WEEK 2026 ✨
Thinking of joining KLIBW 2026? Come and meet us in person!
π 15 JULY 2026 (Wednesday)
π 1st Floor, Common Ground Ampang (Waze Hameediyah Bistro Ampang)
Choose your preferred session:
π Session 1: 11:00 AM – 1:00 PM
π Session 2: 3:00 PM – 6:00 PM
What to expect:
π KLIBW 2026 Presentation
π€ Meet our dedicated team for a FREE consultation
π’ Explore booth opportunities and packages
π Pick and secure your preferred booth on the spot!
Limited slots available. RSVP now to reserve your session.
https://forms.gle/TmPTFiK6Dfa972X7A
We look forward to welcoming you to KL International Beauty Week 2026!


Comments
Post a Comment