“Sakit Badan Bukan Perkara Normal” — MMW Bone Alignment Centre Perkenal Pendekatan Struktur Badan Tanpa Pembedahan"
KUALA LUMPUR, 2026 — Dalam dunia moden hari ini, semakin ramai masyarakat mengalami masalah sakit lutut, sakit pinggang, tulang belakang, postur tidak seimbang dan ketegangan badan kronik seawal usia muda. Keadaan ini sering dianggap biasa akibat faktor usia atau kerja, sedangkan ramai tidak menyedari ia mungkin berpunca daripada ketidakseimbangan struktur badan yang berlaku dalam jangka masa panjang.
Menyedari peningkatan masalah ini, MMW Bone Alignment Centre tampil memperkenalkan satu pendekatan pelarasan struktur badan secara non-invasive melalui sistem yang dikenali sebagai MMW Method, diasaskan oleh Wong Sifu atau Dr Max Wong.
MMW Bone Alignment Centre hari ini secara rasminya melangkah ke fasa baharu dengan pembukaan cawangan keduanya yang terletak di Atria Shopping Gallery. Pembukaan cawangan ini merupakan komitmen berterusan MMW dalam menyediakan platform pendidikan dan rawatan penjagaan struktur badan yang holistik kepada masyarakat setempat.
Majlis perasmian tersebut telah diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Yang Berbahagia Dato’ Liew Bindarkhusasrya dan Yang Berbahagia Dato’ Hoe Mee Ling.
“Kami percaya banyak masalah sakit badan bukan hanya berpunca daripada bahagian yang sakit, tetapi daripada ketidakseimbangan keseluruhan struktur badan.” - WONG SIFU
Pendekatan ini menggabungkan elemen seni bela diri, biomekanik, pemerhatian struktur badan serta pengetahuan tradisional pelarasan tulang bagi membantu masyarakat memahami punca sebenar kesakitan tubuh secara lebih menyeluruh.
Menurut Wong Sifu, ramai individu sebenarnya bukan mengalami kecederaan serius secara langsung, tetapi tubuh mereka telah lama berada dalam keadaan tekanan struktur yang tidak seimbang akibat gaya hidup moden seperti duduk terlalu lama, kurang pergerakan, postur yang salah serta tekanan berulang pada sendi dan tulang belakang.
“Ramai hanya merawat kawasan yang sakit, sedangkan punca sebenar mungkin datang daripada ketidakseimbangan keseluruhan struktur badan. Jika asas struktur tidak diperbetulkan, kesakitan itu boleh berulang,” jelas beliau.
Berbeza dengan pendekatan biasa, MMW Method bukan sekadar memberi kelegaan sementara melalui urutan atau tekanan pada kawasan sakit, sebaliknya memberi fokus kepada penilaian keseluruhan tubuh termasuk postur, pergerakan sendi, imbangan badan dan garis daya tubuh.
MMW Bone Alignment Centre turut menegaskan bahawa pendekatan ini bukan bertujuan menggantikan rawatan hospital atau pembedahan, tetapi menjadi salah satu pilihan alternatif bagi individu yang ingin memperbaiki fungsi tubuh, keseimbangan struktur dan kualiti pergerakan secara lebih selamat dan terkawal.
Prinsip utama MMW Method ialah:
Tidak menggunakan kekerasan
Tidak melakukan pelarasan secara kasar
Tidak memaksa tubuh di luar kemampuan individu
Mengutamakan keselamatan dan penilaian berdasarkan keadaan setiap individu
Dengan peningkatan kes sakit lutut, slip disc, postur tidak seimbang dan masalah tulang belakang dalam kalangan masyarakat termasuk golongan muda, kesedaran terhadap penjagaan struktur badan dilihat semakin penting bagi mengelakkan masalah kesihatan jangka panjang.
MMW Bone Alignment Centre berharap masyarakat mula memahami bahawa kesihatan tubuh bukan sekadar bebas daripada rasa sakit, tetapi melibatkan fungsi badan, keseimbangan struktur dan pergerakan harian yang lebih baik.
“Matlamat kami bukan sekadar membuat seseorang kurang sakit hari ini, tetapi membantu tubuh kembali kepada struktur dan fungsi yang lebih betul demi kesejahteraan jangka panjang.”









Comments
Post a Comment