Golf Amal Selebriti 2026 Meriah, Gabung Hiburan, Sukan Dan Kebajikan
SEREMBAN, 10 Mei – Suasana penuh meriah dan santai mewarnai Golf Amal Selebriti 2026 apabila barisan selebriti, penggiat industri kreatif serta penaja berkumpul dalam satu acara yang menggabungkan elemen hiburan, sukan dan kebajikan di .
Program anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dengan sokongan FINAS, Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) dan Kota Seriemas Golf & Country Club itu diadakan bagi mengumpul dana kebajikan untuk membantu artis serta penggiat filem yang memerlukan bantuan.
Majlis makan malam gala yang berlangsung pada sebelah malam turut dihadiri Pengerusi FINAS, dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, .
Antara selebriti yang turut memeriahkan acara ialah , , , dan bersama ramai lagi pemain industri hiburan tanah air.
Presiden Karyawan, Freddie Fernandez berkata, program itu bukan sekadar acara santai bermain golf, tetapi membawa misi lebih besar iaitu membantu rakan-rakan artis yang berdepan masalah kesihatan dan kesempitan hidup.
“Kita mahu buat sesuatu yang orang boleh enjoy sambil membantu. Bila ada golf, makan malam, hadiah dan networking, orang datang bukan sekadar menderma tetapi mereka turut rasa dihargai,” katanya.
Menurut beliau, Golf Amal Selebriti yang diadakan setiap dua tahun sejak 2016 itu kini menjadi antara acara kebajikan yang dinantikan dalam kalangan penggiat seni dan rakan korporat.
Tambahnya, sambutan diterima tahun ini juga sangat memberangsangkan apabila beberapa syarikat korporat tampil memberikan sumbangan bagi menjayakan misi kebajikan tersebut.
Freddie berkata, program seperti itu diharap dapat diteruskan secara konsisten bagi memastikan kebajikan artis tempatan terus terbela, terutama mereka yang berdepan masalah kesihatan dan kesempitan hidup selepas tidak lagi aktif dalam industri.
“Kita mahu masyarakat tahu masih ramai artis lama yang memerlukan perhatian dan bantuan. Sedikit sumbangan daripada semua pihak sangat bermakna buat mereka,” katanya.
Selain aksi di padang golf, majlis gala dinner turut berlangsung meriah dengan sesi santai bersama artis, cabutan bertuah serta peluang buat tetamu beramah mesra dengan selebriti terkenal tanah air.
Dalam masa sama, ramai yang memuji kerjasama antara Karyawan, FINAS dan PROFIMA yang disifatkan sebagai contoh terbaik solidariti industri kreatif dalam menjaga kebajikan warga seni.
Golf Amal Selebriti 2026 dilihat bukan sahaja menjadi platform santai buat penggiat seni dan penaja, malah membuktikan semangat kebersamaan dalam industri hiburan tanah air terus utuh demi membantu rakan-rakan artis yang memerlukan sokongan dan perhatian masyarakat.




Comments
Post a Comment