AURUM GOLD Jadi Sebutan Ramai, Bukan Sekadar Simpan Emas Tetapi Tawar Pelbagai Benefit Eksklusif
SHAH ALAM – Dalam dunia pelaburan dan aset bernilai yang semakin berkembang, satu nama baharu kini mula mencuri perhatian ramai — AURUM GOLD.
Tampil dengan konsep lebih moden dan eksklusif, AURUM GOLD bukan sekadar menawarkan simpanan emas biasa, malah membina sebuah ekosistem emas lengkap yang memberi pelbagai manfaat kepada pelanggan dan ahlinya.
Melalui platform ini, pelanggan bukan sahaja berpeluang memiliki emas sebagai aset bernilai, tetapi turut menikmati pelbagai kemudahan termasuk servis buy back, pertukaran barang kemas (trade-in), perlindungan nilai aset serta peluang membina simpanan jangka panjang yang lebih teratur dan diyakini.
Keunikan konsep yang dibawa AURUM GOLD mula menjadi perhatian ramai kerana pendekatannya yang lebih sistematik, profesional dan sesuai dengan gaya pemilikan emas moden masa kini.
Majlis Exclusive Soft Launch AURUM GOLD yang berlangsung di Shah Alam baru-baru ini turut menghimpunkan usahawan, tokoh industri dan jemputan khas yang hadir bagi melihat sendiri potensi besar platform emas tersebut.
AURUM GOLD diterajui oleh Y.M. Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi bin Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj selaku Co-Founder & Pengerusi.
Dengan visi besar yang dibawa, beliau mahu membangunkan sebuah platform emas yang bukan sahaja dipercayai masyarakat tempatan, malah mampu berkembang sebagai jenama bertaraf antarabangsa.
Menurut beliau, emas bukan sekadar simbol kemewahan, tetapi merupakan satu bentuk perlindungan nilai dan kestabilan kewangan yang semakin penting pada masa kini.
“AURUM GOLD dibina atas asas kepercayaan dan keyakinan. Kami mahu memberi pengalaman pemilikan emas yang lebih moden, selamat dan memberi nilai jangka panjang kepada pelanggan,” katanya.
Berteraskan slogan rasmi:
“Built on Trust. Backed by Real Gold.”
AURUM GOLD kini bersedia melangkah lebih jauh dalam membina sebuah ekosistem emas moden yang diyakini masyarakat serta berpotensi menjadi antara nama besar dalam industri emas serantau dan antarabangsa.
Dengan permintaan pasaran yang semakin meningkat terhadap aset bernilai seperti emas, AURUM GOLD dilihat mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai antara platform pilihan pengguna yang mahukan gabungan nilai, kepercayaan dan manfaat eksklusif dalam satu jenama.






Comments
Post a Comment