Sambutan Tahun Baharu Cina DUN Sentosa Disambut Meriah, Perkukuh Perpaduan Komuniti

SENTOSA, 1 hb March 2026 – Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat DUN Sentosa tahun ini berlangsung dalam suasana penuh meriah dan harmoni, dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum dan agama yang bersama-sama memeriahkan acara tersebut.

Penganjuran program itu bukan sahaja menyemarakkan semangat perayaan, malah menjadi platform memperkukuh perpaduan dan hubungan erat dalam kalangan komuniti setempat.


Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penaja hadiah utama, TTS dan Superdaya, serta para penyumbang lain yang turut sama membantu menjayakan program berkenaan. Sumbangan dan sokongan yang diberikan disifatkan sebagai amat bermakna dalam memastikan kelancaran serta kemeriahan sambutan kali ini.

Penghargaan turut diberikan kepada Team Dragon yang memainkan peranan penting dari peringkat perancangan hingga pelaksanaan acara. Komitmen dan semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan menjadi antara faktor utama kejayaan majlis tersebut.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Polis Daerah (OCPD), Tn. Lim, yang kehadirannya mencerminkan sokongan berterusan pihak berkuasa terhadap program kemasyarakatan serta komitmen dalam memastikan keselamatan dan keharmonian kawasan setempat.

Dalam pada itu, penghargaan khusus turut diberikan kepada Pegawai Khas, Mr TC Fong, serta Pengarah Program, Mr Mathew bersama Team GG Dragon Sentosa atas usaha gigih menjayakan Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 di DUN berkenaan.

Penganjur berharap sambutan kali ini menjadi titik tolak kepada usaha berterusan memperkukuh semangat kebersamaan dan membawa sinar kebahagiaan, kemakmuran serta kesejahteraan kepada seluruh warga Sentosa.

Gong Xi Fa Cai!

Comments

Popular posts from this blog

Gema Selawat Hijrah 1447H: Pelancaran Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide Diangkat ke Peringkat Serantau

“Detik Gemilang Wanita Hebat: Dari Zarina Zainuddin ke Dr. Soo Wincci, Worthy Wonder Women 2025 Rai Kejayaan”

GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD LANTIK PU RIZ, USTAZAH ISFADIAH SEBAGAI IKON JEMAAH HAJI