Jom Healing Atas Awan, Makan Sedap! Festival Paling Happening Musim CNY di Resorts World Genting
Genting Highlands, Malaysia | 13 Februari – 3 Mac 2026 — Musim perayaan tahun ini lebih meriah dengan kehadiran Chinese New Year Bazar 2026, sebuah festival makanan halal, budaya dan hiburan berskala besar yang kini berlangsung di Madison Square, Resorts World Genting. Festival ini dianjurkan oleh Zada Event Management, bersama Pasar Eatai dan CP Ventures.
Festival selama hampir tiga minggu ini menawarkan pengalaman lengkap — gabungan kulinari halal tempatan dan antarabangsa, hiburan pentas, aktiviti keluarga, serta dekorasi perayaan yang meriah — semua dalam satu lokasi ikonik Genting Highlands.
Pengunjung boleh menikmati pelbagai pilihan makanan halal tempatan dan antarabangsa, street food trending, dessert popular serta pengalaman kulinari unik yang jarang ditemui dalam satu festival perayaan.
Acara ini bukan sekadar bazar biasa, tetapi platform untuk memperkenalkan halal sebagai gaya hidup global, merangkumi budaya, komuniti dan pengalaman pelancongan.
Kolaborasi bersama Pasar Eatai dan CP Ventures membawa kepelbagaian vendor serta konsep bazar lebih dinamik dan bertaraf antarabangsa, selari dengan aspirasi menjadikan festival ini antara acara makanan halal dan bazar perayaan utama di Malaysia.
Lokasi strategik di Madison Square memastikan aliran pengunjung yang konsisten sepanjang tempoh acara, memberi impak positif kepada vendor, usahawan tempatan dan industri pelancongan.
Pengunjung turut disajikan pengalaman kulinari unik dari komuniti Muslim China, hiburan pentas termasuk tarian singa, tarian naga, muzik live dan aktiviti interaktif yang menjadikan festival ini fun, meriah dan instagrammable.
Semua elemen ini menjadikan setiap kunjungan satu pengalaman penuh warna dan kenangan, sesuai untuk keluarga, rakan-rakan dan pelancong yang ingin menikmati perayaan Tahun Baru Cina dalam suasana premium.
Orang ramai dijemput hadir untuk menikmati pengalaman bazar perayaan yang meriah, selamat dan mesra keluarga sepanjang tempoh acara berlangsung.
Butiran Acara:
Nama Acara: Chinese New Year Bazar 2026
Tarikh: 13 Februari – 3 Mac 2026
Masa: 12.00 Tengah Hari – 11.00 Malam
Lokasi: Madison Square, Resorts World Genting
Penganjur: Zada Event Management
Rakan Kerjasama: Pasar Eatai & CP Ventures
Konsep: Chinese New Year Bazar & Halal Food Festival
Untuk kolaborasi, penyertaan vendor atau pertanyaan lanjut:
Zada Event Management
📞 +60 14-338 9949
📧 info.zadaevent@gmail.com
🌐 www.zadaevent.com�










Comments
Post a Comment