Tak Tahu Nak Belajar Apa Lepas SPM? Meritus University Tawar Laluan Kerjaya Paling Cerah Dalam Maritim, Penerbangan & Bisnes Untuk Anak Muda Malaysia
KUALA LUMPUR, 6 Disember 2025 — Dalam suasana ramai pelajar SPM dan STPM masih tercari-cari hala tuju masa depan, Meritus University tampil menawarkan laluan pendidikan yang lebih jelas, praktikal dan berfokus kepada kerjaya sebenar.
Dengan reputasi kukuh dalam bidang maritim, penerbangan dan perniagaan, universiti ini muncul sebagai pilihan utama bagi anak muda yang mahu membina kerjaya stabil dalam industri bernilai tinggi.
Penganjuran Konvokesyen 2025 di kampus baharu Chan Sow Lin hari ini membuktikan keupayaan Meritus University melahirkan graduan yang bukan sahaja berilmu tetapi bersedia untuk dunia pekerjaan.
Puluhan graduan diraikan, termasuk 19 graduan Ijazah Sarjana Muda Maritime Business, tiga graduan Finance (Investment Strategy), 37 graduan Diploma in Aviation serta 96 kadet juruterbang yang menerima Commercial Pilot Licence (CPL), Instrument Rating dan Frozen ATPL melalui kerjasama dengan HM Aerospace.
Sejak 2004, HM Aerospace — rakan latihan Meritus University — telah melahirkan lebih 2,500 juruterbang, termasuk 92 juruterbang wanita. Ramai dalam kalangan mereka kini membina kerjaya di syarikat penerbangan antarabangsa seperti Emirates, Etihad, Lion Air, Singapore Airlines, AirAsia dan Malaysia Airlines. Latihan mereka merangkumi pembelajaran teori, latihan simulator FNPT II serta penerbangan praktikal menggunakan pesawat latihan moden seperti Diamond DA40 dan DA42, mengikut keperluan lesen profesional.
Pengasas Meritus University, Tan Sri (Dr.) Halim Mohammad, menekankan bahawa universiti ini ditubuhkan untuk memenuhi keperluan industri sebenar. Berpengalaman lebih satu dekad sebagai pelaut dan bekas kapten kapal, beliau percaya bahawa pendidikan hanya memberi impak jika ia disesuaikan dengan kehendak dunia pekerjaan. “Saya mengajar sendiri kerana saya tahu apa yang industri perlukan. Pelajar kami belajar cara dunia sebenar berfungsi, bukan sekadar teori,” ujarnya.
Beliau turut menegaskan bahawa peluang pekerjaan dalam industri maritim, perkapalan, perdagangan, logistik dan perniagaan global semakin meningkat. Malaysia, sebagai negara maritim, memerlukan lebih ramai tenaga profesional.
“Lebih 90 peratus dagangan negara bergerak melalui laut. Tetapi tenaga mahir masih tidak mencukupi,” katanya.
Bagi pelajar yang masih tidak pasti apa yang boleh dipelajari, Meritus University menawarkan pelbagai program dari peringkat asasi hingga PhD. Antaranya:
Asasi:
• Foundation in Business Management
Diploma:
• Diploma in Aviation (Pilot Training)
• Diploma in Business Management
TVET:
• SKM Tahap 3 – Operasi Sistem Komputer
Ijazah Sarjana Muda:
• Bachelor of Science (Hons) Maritime Business
• Bachelor of Science (Hons) Finance (Investment Strategy)
• Bachelor in Business Administration (Hons) Supply Chain Management
Sarjana & PhD:
• Master of Business Administration (MBA)
• Master of Science in Shipping, Trade and Finance
• Doctor of Philosophy in Maritime Business
• Doctor of Philosophy in Management
Laluan pendidikan di Meritus University juga dirancang untuk memudahkan pelajar Malaysia. Lepasan SPM dengan sekurang-kurangnya lima kredit boleh terus masuk ke program asasi sebelum menyambung ke peringkat ijazah. Lepasan STPM dan diploma pula boleh memasuki program ijazah secara langsung. Pembiayaan PTPTN dan bantuan untuk keluarga B40 turut disediakan.
Dalam ucapannya, Tan Sri Halim turut berkongsi kisah peribadi mengenai kampus baharu yang pernah menjadi tempat beliau menumpang tidur ketika zaman mudanya.
"Ini mengingatkan saya bahawa ilmu dan usaha mampu mengubah hidup seseorang,” katanya, memberikan inspirasi kepada para graduan dan ibu bapa yang hadir.
Beliau menegaskan bahawa matlamat Meritus University bukan sekadar melahirkan graduan yang boleh bekerja, tetapi individu berintegriti yang dapat menyumbang kepada negara. “Kita mahu mereka menyara hidup, membantu keluarga, dan lebih daripada itu — membantu negara,” katanya.
Dengan reputasi kukuh, hubungan industri global dan peluang kerjaya yang luas dalam maritim, penerbangan, perniagaan dan pengurusan rantaian bekalan, Meritus University kini menjadi pilihan utama bagi pelajar yang mahu masa depan yang lebih cerah.
---
Untuk Maklumat Lanjut & Permohonan
Layari:
๐ www.meritus.edu.my
๐ www.merituscollege.edu.my
๐ www.hmaerospace.com
Hubungi:
๐ +60 3 2730 5030
๐ฉ enquiries@meritus.edu.my
Meritus University — Education Like No Other.
Masa depan anda bermula di sini.


Comments
Post a Comment