KAI DEVA SERLAH KEJUJURAN CINTA DALAM “BENAR INDAH”
Karya Balada Rock Ciptaan Firdaus Rahmat, Sebuah Lagi Kolaborasi Eksklusif Antara Sony Music Entertainment Malaysia & Alternate Records
KUALA LUMPUR – Setelah menawan hati rakyat Malaysia melalui program realiti “Calpis Soda One In A Million” (CSOIAM) dan dinobatkan sebagai naib juara, penyanyi berbakat besar Kai Deva kini kembali dengan buah tangan terbaharunya berjudul Benar Indah”, sebuah lagu yang memeluk jiwa dengan kejujuran, ketenangan dan rasa cinta yang tulus.
Diterbitkan oleh Sony Music Entertainment Malaysia dengan kerjasama Alternate Records, karya ciptaan Firdaus Rahmat ini mengetengahkan genre pop balada dengan suntikan elemen. rock moden, menjadikannya satu gabungan khas antara kelembutan dan kekuatan — seiring dengan peribadi Kai yang romantik, introspektif, namun tetap penuh jiwa.
“Benar Indah” — Tentang Cinta Yang Tidak Berpura-pura
Bagi Kai, lagu ini adalah cerminan tentang cinta yang datang dengan cara paling sederhana —tanpa drama, tanpa lakonan, hanya kejujuran yang menyentuh perasaan.
“‘Benar Indah’ ini sebenarnya tentang rasa yang datang tanpa kita rancang apabila kitab erjumpa dengan seseorang yang buat dunia kita terasa seperti hidup semula,” ujar Kai.
“Saya hendak sampaikan yang cinta itu tidak perlu berlebih, cukup kalau ia benar dan ikhlas. Itu yang membuat segalanya jadi ‘benar indah’.”
Menyelusuri bait liriknya, pendengar akan merasai perasaan yang damai, seolah-olah setiap notanya berbisik bahawa cinta sejati tidak perlu sempurna untuk terasa indah. Liriknya seperti. 'Kasihmu lengkapi aku, cintaku benar indah’ menjadi nadi kepada keseluruhan lagu — satu pengakuan bahawa kehadiran seseorang yang memahami dan menerima diri seadanya adalah bentuk cinta yang ikhlas.
Firdaus Rahmat: Karya Penuh Ikhlas
Menurut komposer dan penulis lirik Firdaus Rahmat, inspirasi untuk mencipta “Benar Indah” datang daripada keindahan muzik dan kepekaan emosi yang sering menjadi kekuatan muzik dari seberang.
“Lagu ini tercetus daripada pengaruh melodi dari negara jiran yang sering kita dengarkan. Tapi yang paling penting bagi saya adalah emosi keikhlasan yang menjadi Chef Zam 7 g lagu ini,” kata Firdaus.
Lirik ‘Kasihmu lengkapi aku, cintaku benar indah’ baginya pula adalah simbol kepadak eseluruhan lagu ini. “Ia ibarat Hawa yang tercipta daripada rusuk kiri Adam, bukannya untuk. berada di atas atau bawah, tapi di sisi. Itulah makna sebenar kasih yang melengkapi,”kongsinya lagi.
Kai Deva: “Saya Tidak Cuba Jadi Sempurna, Saya Cuma Hendak Jadi Jujur.”
Rakaman “Benar Indah” memberi ruang buat Kai untuk bereksperimen dengan sisi dirinya yang lebih matang, bukan sekadar vokal, tetapi juga kepekaan terhadap emosi yang. terkandung dalam lagu.
“Lagu ini nampak lembut, tapi ia perlukan emosi yang dalam untuk ‘sampai’ dengan ikhlas,” kata Kai. “Ada bahagian yang Kai kena kawal supaya tidak terlalu kuat, sebab kalau terlebih, ia hilang kelembutan yang hendak disampaikan.”
Bagi penyanyi yang dikenali dengan keperibadian sederhana ini, lagu ini adalah karya yang membenarkan dirinya mengekspresikan cinta tanpa berpura-pura. “Saya nyanyikan lagu ini seolah-olah saya sedang berkata-kata dengan seseorang yang betul-betul saya sayang,” jelasnya tenang.
“Saya tidak cuba jadi sempurna, saya cuma hendak jadi jujur…”
Harapan Yang Lahir Dari Hati
Bagi Kai, “Benar Indah” adalah satu babak baru dalam karier muziknya dan juga dalam hidupnya sebagai seorang seniman.
“Lagu ini lebih peribadi dan emosinya lebih jujur berbanding karya sebelum ini. Saya mahu semua bukan sekadar dengar, tapi rasakan ‘sesuatu’. Kalau lagu ini mampu membuat pendengar rasa tenang atau tersenyum walaupun sekejap, itu sudah cukup bagi saya,”katanya penuh harapan.
Sementara itu, Firdaus turut menitipkan pesanan yang sama buat para pendengar.
“Saya harap siapa sahaja yang mendengar lagu ini akan tahu bahawa masih ada rasa jujur dan ikhlas dalam dunia ini, daripada mereka yang benar-benar ingin mencintai dan dicintai.
Indah bukan pada kata-kata, tapi pada rasa yang dibina dengan penuh rasa keikhlasan,” ujarnya.
Kini Tersedia Di Semua Platform Digital
Single “Benar Indah” kini sudah boleh didengarkan di semua platform digital utama seperti
Spotify, Apple Music, YouTube Music dan Deezer bermula 31 Oktober 2025.
Lagu : “Benar Indah”
Artis : Kai Deva
Komposer : Firdaus Rahmat
Penulis lirik : Firdaus Rahmat
Sebarang pertanyaan lanjut, promosi dan temu bual, sila hubungi Jabatan Domestik Sony Music
Entertainment Malaysia:
Veea Norman | +6 013 203 2130 |veea.norman@sonymusic.com
Fitrah Ilahi | +6 013 2000813 |fitrah.ilahi@sonymusic.com
TENTANG SONY MUSIC ENTERTAINMENT
Di Sony Music Entertainment, kami menghormati perjalanan seni. Para pencipta kami membentuk
perubahan, budaya, komuniti dan sejarah. Kami telah memainkan peranan penting dalam sejarah
muzik. Perjalanan kami bermula dari menubuhkan syarikat rakaman muzik pertama sehingga
mencipta rakaman cakera padat. Kami telah membimbing ramai artis ikonik dalam dunia seni muzik
dan menerbit beberapa buah rakaman yang berpengaruh sepanjang zaman. Sony Music
Entertainment kini mempunyai lebih dari 100 cawangan syarikat di seluruh dunia untuk menyokong
pelbagai pencipta yang berbakat pada setiap peringkat serta di setiap pentas persembahan. Di
samping muzik, hiburan dan teknologi, kami juga membawa imaginasi, kepakaran kepada platform
dan model perniagaan yang baharu serta peluang untuk menembusi pasaran luar. Semua usaha ini
adalah untuk menyokong eksperimen, pengambilan risiko dan kemajuan komuniti kreatif. Sony Music
Entertainment telah menerapkan prinsip perkongsian yang mendalam, kepercayaan, punca yang
berasas bagi meningkatkan dan memperkuatkan masyarakat di seluruh dunia. Sony Music
Entertainment adalah sebahagian daripada keluarga global Sony. Pelajari lebih lanjut mengenai
pencipta dan label rekod kami sini.
MENGENAI ALTERNATE RECORDS & TALENTS
Alternate Records & Talents merupakan sebuah agensi mencungkil bakat muzik dan lakonan bakat yang mantap
dan serba boleh. Ditubuhkan pada tahun 2006, Alternate Records and Talents (dahulunya dikenali sebagai
Monkeybone) telah meningkatkan industri hiburan dan artis berasaskan muzik di Malaysia dengan mempamerkan
portfolio luar biasa dengan bakat bakat memenangi anugerah, muzik yang menduduki carta teratas, Pemilikan IP
dan banyak pengedaran. Artis mereka berjaya secara komersial telah menjadi trend di YouTube, Twitter dan Tiktok
dan sebagainya.
Untuk maklumat lanjut tentang Alternate Records Sdn Bhd, lawati YouTube rasmi kami dan Instagram
@alternate.my_
Prakesh Swaminathan : HP 012 232 3707
Aidil Shakirin : HP 012 269 3727
Helmi Ezfar : HP 012 348 2363

Comments
Post a Comment