Aplikasi Baharu GASBEE Pastikan Penghantaran Gas Lebih Selamat dan Efisien

 





KUALA LUMPUR,
7 Nov — Aplikasi GASBEE bakal merevolusikan industri penghantaran gas di Malaysia dengan memperkenalkan sistem tempahan dan penghantaran secara atas talian melalui telefon mudah alih, yang menekankan aspek keselamatan pengguna dan penghantar.

Menurut En Mohd Apandi Abdullah Founder GASBEE, perkhidmatan berasaskan aplikasi itu kini sedang menjalankan projek perintis (pilot project) di sekitar Selangor, meliputi kawasan Lembah Klang, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Subang Jaya. 

Pelaksanaan penuh dijangka bermula Disember ini dengan penyertaan lebih 80 pengedar berdaftar di bawah Petronas Dagangan Berhad.





“Semua tempahan akan dilakukan melalui aplikasi mudah alih sahaja. Walaupun harganya sedikit premium, kami menjaminkan keselamatan pengguna serta kecekapan dalam setiap penghantaran,” katanya.

Perkhidmatan tersebut juga menawarkan ekosistem penghantaran yang lengkap, di mana setiap pesanan disahkan, direkod dan disalurkan terus melalui sistem yang diiktiraf oleh Petronas Dagangan. 

Langkah ini bagi mengatasi isu penghantaran tidak bertauliah dan penipuan yang sering berlaku dalam pasaran tradisional.

“Ramai penghantar gas sebelum ini tidak berdaftar di bawah Petronas Gas Malaysia. Kami tampil memberi solusi yang tersusun dan selamat dengan memastikan setiap transaksi serta dokumen diserahkan secara rasmi melalui aplikasi,” tambahnya.

Menariknya, aplikasi berkenaan turut menyediakan fungsi ‘auto-repeat order’ yang membolehkan pengguna membuat pesanan berulang secara automatik mengikut keperluan bulanan.

Pengguna hanya perlu menetapkan geolokasi rumah dan alamat penghantaran, dan pesanan akan dihantar tanpa perlu membuat tempahan manual.

Bagi aspek penghantaran, syarikat menyasarkan tempoh penghantaran kurang daripada 45 minit, dan dalam kebanyakan kes, gas akan sampai dalam 15 hingga 20 minit sahaja. 

Ini merupakan peningkatan ketara berbanding sistem tradisional yang kadang kala mengambil masa sehingga dua jam.

Selain menawarkan kemudahan kepada pengguna, inisiatif ini turut membuka peluang kepada usahawan penghantaran gas berdaftar. 

Melalui kerjasama dengan Petronas Dagangan, syarikat berkenaan menyediakan latihan keusahawanan, sistem pengurusan dan sokongan operasi kepada penghantar bagi memastikan semua perkhidmatan dijalankan secara profesional dan sah di sisi undang-undang.

Langkah ini dijangka mampu mewujudkan ekosistem penghantaran gas yang lebih tersusun, selamat dan mampan di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD LANTIK PU RIZ, USTAZAH ISFADIAH SEBAGAI IKON JEMAAH HAJI

Gema Selawat Hijrah 1447H: Pelancaran Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide Diangkat ke Peringkat Serantau

“Detik Gemilang Wanita Hebat: Dari Zarina Zainuddin ke Dr. Soo Wincci, Worthy Wonder Women 2025 Rai Kejayaan”