✨ 211 EVENT EMPIRE PERKENAL EVENT WEDDING PLANNER 2026

 



211 Event Empire – “Mencipta Kenangan, Mengikat Silaturahim.”


Sungai Buloh, Oktober 2025 – Selepas kejayaan penganjuran Orkestra Legenda Rockestra dan Peluncuran lagu keamanan dunia baru-baru ini, 211 Event Empire terus mengorak langkah dengan memperkenalkan satu lagi inisiatif baharu — Wedding Planner 2026, yang bakal diadakan di Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh.


🌸 211 Bukan Baru dalam dunia Pengantin! Konsep & Perancangan amat Unik


211 Event Empire tampil dengan konsep istimewa yang berbeza daripada syarikat lain. Selain menyediakan pakej lengkap perkahwinan, kami turut menekankan aspek hiburan, pengurusan majlis, serta pengalaman menyeluruh buat tetamu dan pasangan pengantin.


Rangkaian kami turut melibatkan artis popular dari pelbagai generasi, termasuk artis Gen Z, bagi memberi sentuhan segar pada setiap majlis.




🍽️ Hidangan Eksklusif & Variasi Menu


Antara keunikan 211 Event Empire ialah food presentation yang memukau dan menu yang pelbagai. Setiap hidangan disediakan oleh chef kami sendiri menggunakan bahan terbaik.

Antara menu istimewa yang ditawarkan:

Nasi minyak dan nasi putih (menu asas)

Apam balik panas

Satay

Cendol tradisional

Kambing bakar istimewa

Selain itu, turut disediakan variasi makanan Asian Fusion seperti tosei dan capati untuk meraikan tetamu berbilang kaum.


☕ Sentuhan Generasi Muda


Untuk menarik minat generasi muda, kami memperkenalkan elemen moden dalam majlis seperti TJ Coffee Bar — menawarkan latte, cappuccino dan espresso, sesuai dengan citarasa coffee lover masa kini.


Kehadiran kumpulan muzik Gen Z seperti Mazdo turut menjadi daya tarikan utama bagi menjadikan majlis lebih hidup dan mesra semua lapisan umur.



🏛️ Lokasi Eksklusif di Kelab Rahman Putra


Pemilihan Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh sebagai lokasi utama bukan tanpa sebab.


Dewan ini menawarkan:

Suasana eksklusif dan privasi untuk keluarga pengantin

Ruang parkir luas mampu menampung lebih 1,000 kenderaan

Dewan besar yang boleh memuatkan sehingga 1,000 tetamu

Kemudahan moden dan selesa

Tempat ini sangat sesuai untuk majlis rasmi, perkahwinan, atau dinner event yang memerlukan suasana tenang dan profesional.


🏡 Penginapan & Kemudahan Sekitar

Buat masa ini, penginapan di dalam Kelab Rahman Putra belum tersedia. Namun, pihak kami sedang mengenal pasti beberapa homestay dan hotel berdekatan yang lebih sesuai untuk keluarga besar yang hadir dari luar kawasan.

💍 Pelbagai Konsep & Gaya Pelamin

211 Event Empire juga menawarkan pelbagai konsep pelamin — daripada English Modern Style, Traditional Malay Style hinggalah ke konsep nostalgia kampung seperti pelamin bertulisan Jawi dan hiasan berunsur tradisional.

Setiap pelanggan boleh menyesuaikan tema mengikut bajet dan cita rasa mereka.


💰 Pakej Harga Fleksibel

Harga pakej bergantung pada bajet pelanggan:

Bermula serendah RM15 seorang

Sehingga RM200 seorang bagi pakej eksklusif

Kami tidak menetapkan harga tetap kerana setiap majlis disesuaikan dengan kehendak pelanggan — dari segi menu, dekorasi hingga ke hiburan.


🎥 Live Streaming Majlis

Antara pembaharuan menarik ialah perkhidmatan live streaming, membolehkan ahli keluarga dari luar negara seperti di London atau Indonesia menonton majlis secara langsung di laman web rasmi kami.


🌟 Pengalaman & Kredibiliti

211 Event Empire berpengalaman luas dalam menganjurkan pelbagai acara termasuk:


ASEAN Dinner Meetings di Putrajaya

Konsert dan Majlis Korporat di peringkat antarabangsa

Kami sentiasa menitikberatkan kualiti dari segi pengurusan, makanan, dan persembahan.



🙏 Penghargaan

Akhir kata, kami merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak Kelab Rahman Putra Sungai Buloh, khususnya Presiden Madam Rina dan Puan Liza, atas sokongan padu serta kerjasama teknikal yang diberikan.

Terima kasih juga kepada semua pihak termasuk wakil KSU MOTEC yang hadir memberi sokongan moral terhadap usaha kami untuk mengangkat industri acara dan perkahwinan ke tahap yang lebih tinggi.


211 Event Empire – “Mencipta Kenangan, Mengikat Silaturahim.”



Comments

Popular posts from this blog

GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD LANTIK PU RIZ, USTAZAH ISFADIAH SEBAGAI IKON JEMAAH HAJI

Gema Selawat Hijrah 1447H: Pelancaran Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide Diangkat ke Peringkat Serantau

“Detik Gemilang Wanita Hebat: Dari Zarina Zainuddin ke Dr. Soo Wincci, Worthy Wonder Women 2025 Rai Kejayaan”