GF GALAU Food Festival 2025 Gegar Setia Alam dengan Malam Akhir Tahun & Bunga Api Spektakular — Penyertaan Vendor Masih Dibuka!



Kuala Lumpur, 29 Oktober 2025 — Warga Lembah Klang bakal menikmati kemeriahan luar biasa hujung tahun ini menerusi GF GALAU Food Festival (GFF) 2025, sebuah festival makanan dan hiburan terbesar anjuran Gold Field Holding Sdn. Bhd.


Bakal berlangsung selama lima hari bermula 27 hingga 31 Disember 2025 (Sabtu hingga Rabu) di Setia Alam Convention Centre, Selangor, festival ini menjanjikan pengalaman yang penuh warna-warni dengan gabungan hidangan lazat, hiburan muzik dan pertunjukan bunga api spektakular sempena malam akhir tahun.


Setia Alam dipilih sebagai lokasi utama kerana ia kini menjadi kawasan tumpuan warga bandar untuk bersantai dan menikmati pelbagai aktiviti gaya hidup setiap hujung minggu.



Menurut Encik Azlisham Yusof, Pengurus Acara Gold Field Holding Sdn. Bhd., penganjuran festival ini bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi juga bertujuan memberi peluang kepada pengusaha tempatan mempromosikan produk serta merancakkan ekonomi komuniti menjelang penutup tahun.


> “Kami mahu jadikan GF GALAU Food Festival sebagai destinasi santai untuk seisi keluarga — tempat mereka menjamu selera, menikmati hiburan, dan berseronok dalam suasana yang selamat dan ceria,” katanya.




Festival ini menyasarkan 30,000 hingga 40,000 pengunjung sepanjang lima hari penganjuran dengan pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur.


Antara tarikan utama yang bakal memeriahkan GFF 2025 termasuk:


๐Ÿข Gerai makanan & minuman tempatan serta antarabangsa


๐Ÿ›️ Booth jualan dan pameran produk gaya hidup


๐ŸŽ‡ Pertunjukan bunga api spektakular malam akhir tahun


๐ŸŽค Persembahan pentas dan hiburan keluarga





Lebih menarik, konsert artis popular setiap malam bakal menampilkan barisan hebat seperti Kristal, Ways, Exceed, Keena Mentor dan Arca Band, menjanjikan suasana penuh energi dan hiburan sepanjang festival berlangsung.


Bagi pengunjung yang bertuah, festival ini turut menawarkan cabutan bertuah istimewa dengan hadiah menarik termasuk:


๐Ÿ›ต 2 unit Scooter EV Bike


๐ŸŽฎ 1 unit Sony PlayStation 5 (PS5)


๐ŸŒฌ️ 1 unit penghawa dingin


๐Ÿ“บ 1 unit televisyen 50 inci


๐ŸŽ Beberapa hamper bernilai tinggi





GF GALAU Food Festival akan dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam, menawarkan pelbagai pilihan makanan, hiburan keluarga, dan persembahan yang sesuai untuk semua peringkat usia.


✨ Penyertaan vendor masih dibuka!

Sesiapa yang berminat untuk membuka booth atau jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi Sha di talian 018-325 6339 untuk maklumat lanjut.



Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada festival paling “havoc” hujung tahun ini — GF GALAU Food Festival 2025, destinasi wajib warga Lembah Klang untuk makan, hibur dan sambut malam akhir tahun bersama keluarga! 

Comments

Popular posts from this blog

GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD LANTIK PU RIZ, USTAZAH ISFADIAH SEBAGAI IKON JEMAAH HAJI

Gema Selawat Hijrah 1447H: Pelancaran Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide Diangkat ke Peringkat Serantau

“Detik Gemilang Wanita Hebat: Dari Zarina Zainuddin ke Dr. Soo Wincci, Worthy Wonder Women 2025 Rai Kejayaan”