MEMPERKASA PENGGUNA: Dato’ Sri Dr Irmohizam Ibrahim dilantik sebagaiI ahli majlis penasihat pengguna negara
PORT DICKSON, 20 SEPTEMBER 2025 – Dato’ Sri Dr Irmohizam Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) merangkap Ahli Lembaga Pengarah, World Trade Centers Association (WTCA) yang beribu pejabat di New York, telah menerima watikah pelantikan rasmi sebagai Ahli Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN).
Watikah tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ketika Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan MPPN yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada pagi semalam.
Pelantikan Dato’ Sri Dr Irmohizam sebagai Ahli MPPN berkuat kuasa mulai 15 Julai 2025 hingga 31 Disember 2026. Beliau akan berkhidmat sebagai penasihat mengenai dasar serta strategi utama berkaitan pengguna dan akan mengetuai Kumpulan Fokus Undang-Undang dan Dasar Majlis Penasihat Pengguna Negara.
“Saya amat berbesar hati dengan pelantikan ini dan menghargai kepercayaan yang telah diberikan kepada saya.” ujar Dato’ Sri Dr Irmohizam.
“Peranan ini merupakan satu peluang bermakna untuk memperkukuh perlindungan pengguna di Malaysia, di samping memastikan hak dan kepentingan pengguna terus terpelihara dalam
landskap ekonomi dan sosial yang sentiasa berkembang. Terutama sekali bagi masa depan industri Acara Perniagaan, saya percaya platform ini dapat mengetengahkan sumbangan positif tersebut terhadap ekonomi pelancong, dan memastikan perkembangannya terus memberi
manfaat kepada pengguna serta negara secara keseluruhannya”.
Comments
Post a Comment