Temui Konsert Hijjaz, UNIC serta penampilan istimewa Rabbani di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus Terengganu
Kuala Nerus, 3 September – Satu konsert nasyid berskala besar bakal berlangsung di Terengganu pada awal Oktober ini.
Konsert Cinta Rasul anjuran 10 Pro Event Management akan menghimpunkan kumpulan nasyid tersohor tanah air, termasuk Hijjaz, UNIC serta penampilan istimewa kumpulan legenda, Rabbani.
Acara ini dijadualkan berlangsung pada 3 Oktober 2025, jam 8.45 malam, bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus.
Selain persembahan nasyid yang membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW, penganjur turut menyediakan Letups Fest Food Festival, yang menampilkan pelbagai sajian daripada vendor tempatan dan menu viral untuk dinikmati pengunjung.
Penonton juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai tinggi, termasuk sebuah kereta, motosikal serta goldbar eksklusif.
Menurut Pengarah Urusan 10 Pro Event Management, Tuan Kamal, sebahagian hasil kutipan konsert akan disalurkan kepada Tabung Darul Iman, khusus bagi membantu pesakit kronik di sekitar Terengganu.
Konsert Cinta Rasul dijangka menjadi titik pertemuan generasi lama dan baharu, sekali gus menghidupkan kembali memori kegemilangan nasyid tanah air.
Konsert Cinta Rasul dilihat sebagai platform penyatuan generasi – menghidupkan semula memori kegemilangan nasyid sambil menyemai cinta kepada Rasulullah SAW dalam jiwa masyarakat.
Maklumat lanjut & pembelian tiket:
📧 info@10proevent.my
Maklumat lanjut & pembelian tiket:
📧 info@10proevent.my
Comments
Post a Comment