Jack Tan & Nabila Razali Bintangi Siri Mini Drama “Senyuman” Terbaharu McDonald’s Malaysia


KUALA LUMPUR, 4 Ogos 2025 – McDonald’s Malaysia tampil dengan pendekatan segar dalam merapatkan hubungan bersama pelanggan menerusi pelancaran siri mini drama terbaharu bertajuk “Senyuman”, dibintangi oleh dua nama besar dalam dunia hiburan tanah air – pelakon serba boleh Jack Tan dan penyanyi serta pelakon berbakat Nabila Razali.



Drama mini tujuh episod ini akan mula ditayangkan bermula 7 Ogos 2025 di semua platform media sosial McDonald’s Malaysia. Senyuman mengetengahkan kisah yang menyentuh hati rakyat Malaysia dan bagaimana pengalaman kecil seperti layanan mesra dan makanan boleh mencetuskan perubahan emosi yang besar dalam hidup seseorang.


Kisah Tentang Kehidupan, Persahabatan & Harapan

Drama ini menceritakan perjalanan Ming (lakonan Jack Tan), seorang lelaki pendiam dan sunyi yang tidak selesa didekati. Namun hidupnya mula berubah apabila dia bertemu June (lakonan Nabila Razali), seorang wanita ceria yang membawa sinar dan kehangatan dalam hidupnya.

Jack Tan mengakui watak ini memberi cabaran tersendiri kepadanya kerana memerlukan ekspresi emosi yang mendalam tanpa banyak dialog.


“Saya tertarik kerana watak Ming sangat manusiawi. Dia senyap, tapi dalam diam dia perhatikan segalanya. Siri ini sangat berbeza dan jujur – ia tentang orang biasa dan momen luar biasa,” katanya.

 

Nabila Razali pula yang pertama kali membintangi siri mini drama turut berkongsi keterujaannya. 


“Berbeza dengan iklan biasa yang biasanya ceria dan penuh tenaga, Senyuman memberi peluang untuk saya menyelami emosi yang lebih dalam. Watak June ini membawa harapan dan ‘sinar’ dalam hidup Ming, dan saya sangat seronok menjadi sebahagian daripada cerita yang menyentuh hati ini.”


Lebih Daripada Makanan – Ini Tentang Jiwa & Emosi


Menurut Chin Mei Lee, Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Senyuman merupakan kesinambungan daripada koleksi drama mini McDonald’s yang bertujuan mendekati hati rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang.

"Di McDonald’s Malaysia, kami komited untuk mencipta detik-detik indah yang menceritakan rakyat Malaysia – sama ada melalui hidangan, layanan mahupun cara kami berinteraksi. Siri ini mencerminkan semangat feel-good kami, dan ia adalah kisah yang menghangatkan jiwa, dekat di hati, dan penuh makna.”




Siri ini juga memperlihatkan bagaimana aplikasi McDonald’s memainkan peranan penting dalam kehidupan moden – memudahkan pelanggan membuat pesanan, menerima promosi dan menikmati hidangan kegemaran mereka pada bila-bila masa.

“Senyuman” turut diserikan dengan kemunculan istimewa pelakon Lim Jian Wen dan dibina di sekitar tema empati, persahabatan dan kisah-kisah kehidupan rakyat Malaysia.


Aplikasi McD Jadi Teras Cerita

Dengan lebih 1.4 juta pengguna aktif, Aplikasi McDonald’s menjadi nadi kepada siri Senyuman, selari dengan misi McDonald’s Malaysia untuk mewujudkan detik yang lebih bermakna kepada pelanggan.


Siri ini juga meneruskan legasi mini drama terdahulu seperti “Rugi Tak Pakai App McD”, “Love at McD”, “Ms App”, “The Best Deal” dan “Kau Sundaekuu”, yang menggabungkan kisah menyentuh emosi dan promosi bernilai dari Aplikasi McD.


🎬 Saksikan “Senyuman” Bermula 7 Ogos 2025


Episod pertama Senyuman akan ditayangkan 7 Ogos 2025 di semua saluran media sosial McDonald’s Malaysia. Drama ini boleh ditonton secara percuma dan akan menampilkan satu episod setiap minggu.


Latar Belakang McDonald’s Malaysia


McDonald’s merupakan rangkaian global perkhidmatan makanan yang melibatkan kira-kira 36,000 restoran di lebih 100 negara. Di Malaysia, McDonald’s mempunyai lebih 370 restoran dan lebih 15,000 kakitangan. Sejak 43 tahun lalu, McDonald’s telah memberi perkhidmatan kepada lebih 9 juta pelanggan setiap bulan.


Untuk maklumat lanjut mengenai Aplikasi McDonald’s dan kempen Senyuman, layari www.mcdonalds.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

Gema Selawat Hijrah 1447H: Pelancaran Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide Diangkat ke Peringkat Serantau

“Detik Gemilang Wanita Hebat: Dari Zarina Zainuddin ke Dr. Soo Wincci, Worthy Wonder Women 2025 Rai Kejayaan”

GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD LANTIK PU RIZ, USTAZAH ISFADIAH SEBAGAI IKON JEMAAH HAJI