Hotel Premiera Hidupkan Semula Warisan Makanan Tradisi dengan Sentuhan Moden


KUALA LUMPUR – “Panas, panas, panas!” Begitulah meriah suasana ketika Hotel Premiera melancarkan promosi khas menu warisan yang jarang ditemui, termasuk sajian unik ubi telempong yang dimasak lebih lapan jam menggunakan air tebu.

Program ini mendapat perhatian ramai kerana ia bukan sekadar menghidangkan makanan, tetapi juga mengangkat semula warisan kulinari negara yang semakin dilupakan generasi muda. Pihak hotel akan mengetengahkan Chef selebriti Dr. Liza Zainol merupakan pakar dalam menu warisan dan  lebih 50 menu istimewa disajikan, di mana 25 daripadanya adalah resipi turun-temurun seperti nasi kerabu, nasi lemuni, nasi ulam bersayur keladi, sambal tumis ikan talang, dan tentu sekali tarikan utama — ubi telempong yang amat jarang ditemui.
Menurut Chef Liza “Saya bangga kerana dapat menyajikan sesuatu yang menjadi idaman ramai, khususnya generasi muda yang mungkin tidak pernah merasai makanan warisan ini. Syukur kita dapat memperkenalkan semula resipi lama dengan cara yang sesuai dengan cita rasa mereka,” kata chef jemputan hotel itu.

Bukan itu sahaja, Hotel Primera juga menambah elemen nostalgia dengan permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, galah panjang dan “teng-teng” bagi memberi pengalaman menyeluruh kepada pengunjung.


Kempen ini sejajar dengan seruan kerajaan untuk memperkasa dan mempromosikan masakan warisan negara agar tidak pupus ditelan zaman. Malah, inisiatif ini turut mendapat sambutan tetamu antarabangsa dari China, Korea dan United Kingdom yang kagum dengan keunikan budaya tempatan.

Hotel Premiera juga aktif mempromosikan kempen ini melalui media sosial, flyers dan acara khas, memastikan bukan sahaja tetamu tempatan malah pelancong luar dapat merasai keindahan warisan Malaysia.

Jelas, usaha ini bukan sekadar promosi makanan, tetapi satu misi melestarikan budaya. Dari aroma nasi ulam hingga kelembutan ubi telempong yang direbus perlahan, setiap hidangan adalah cerita lama yang dihidupkan kembali untuk dinikmati generasi kini dan akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD LANTIK PU RIZ, USTAZAH ISFADIAH SEBAGAI IKON JEMAAH HAJI

Gema Selawat Hijrah 1447H: Pelancaran Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide Diangkat ke Peringkat Serantau

“Detik Gemilang Wanita Hebat: Dari Zarina Zainuddin ke Dr. Soo Wincci, Worthy Wonder Women 2025 Rai Kejayaan”