Emas Sebagai Simpanan Nilai: Saiful Apek Pilih Sertai TIJARAH SUITE Demi Pendidikan Kewangan Berteraskan Kesedaran
KUALA LUMPUR – Dalam dunia perniagaan dan seni yang penuh ketidaktentuan, tiada sesuatu yang berlaku secara kebetulan, sebaliknya setiap perjalanan adalah hasil pilihan dan kesedaran. Prinsip itu menjadi pegangan seorang figura industri hiburan seni Apek Senario kini ke arah pendekatan baharu dalam pendidikan kewangan berasaskan emas.
Beliau mengakui, membuka perniagaan mungkin mudah, namun untuk mengekalkannya adalah satu cabaran besar. Sepanjang penglibatan dalam industri seni dan hiburan, beliau berdepan pelbagai bentuk ujian dan risiko perniagaan, namun percaya setiap cabaran adalah sebahagian daripada jalan yang dipilih dalam kehidupan.
![]() |
| Sesi MOU kesempatan tercapai |
“Dalam hidup, orang selalu kata sama ada kita menang atau kalah. Tapi selepas lama dalam dunia perniagaan, saya sedar sebenarnya kita bukan menang atau kalah, kita sedang belajar,” katanya.
Menurut beliau, satu titik perubahan berlaku apabila seorang rakan perniagaan menyatakan bahawa beliau bukan seorang ‘businessman’, sebaliknya dirinya sendiri adalah ‘the business’. Kata-kata itu membuka perspektif baharu, menjadikan beliau lebih berhati-hati dan selektif dalam setiap peluang yang datang.
Beliau turut menyedari kebanyakan perniagaan hari ini didorong oleh keinginan, bukan keperluan. Kesedaran itu diperkukuh melalui nasihat agar tidak boros dan tidak terlalu mengikut kehendak, sebaliknya fokus kepada nilai sebenar.
Pendedahan terhadap pendidikan emas melalui OISE membuka lembaran baharu dalam pemahamannya tentang pengurusan kewangan. Beliau melihat emas bukan sekadar logam berharga, tetapi sebagai kaedah penyimpan nilai jangka panjang yang lebih stabil berbanding wang tunai.
“Selama ini pendapatan saya dalam bentuk wang. Bila masa berlalu, baru saya sedar banyak nilai yang hilang, bukan kerana rugi besar, tapi kerana tiada kesedaran dan pendidikan tentang simpanan nilai,” jelasnya.
Beliau menyifatkan penglibatan dalam bidang ini sebagai peluang yang datang tepat pada masanya, sekaligus membuka ruang baharu bukan sahaja untuk dirinya, malah rakan-rakan dalam industri seni yang sering berdepan ketidaktentuan pendapatan dan ketiadaan jaminan kewangan.
Pendekatan yang dibawa bukan berkonsepkan jualan semata-mata, sebaliknya menggabungkan elemen kesihatan dan kekayaan (health and wealth), di mana setiap perbelanjaan dianggap sebagai peluang membina aset masa depan.
“Orang biasa belanja, dapat barang dan kenangan. Tapi bila berbelanja dengan kesedaran aset, mereka juga sebenarnya menyimpan nilai untuk masa depan,” katanya.
Beliau menekankan kepentingan mendidik masyarakat sejak usia muda tentang simpanan, selari dengan pepatah ‘sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit’, namun dengan kefahaman bahawa wang semata-mata tidak mencukupi tanpa perlindungan nilai.
Menurutnya, emas kekal sebagai medium kewangan utama yang diterima oleh institusi kewangan global dan tidak mengalami kejatuhan mendadak seperti instrumen berisiko lain.
Inisiatif ini juga menyasarkan golongan muda, termasuk lepasan diploma dan ijazah, yang baru melangkah ke alam pekerjaan dengan aset utama mereka hanyalah pengalaman.
“Di sinilah pentingnya kesedaran awal. Supaya mereka bukan sekadar bekerja untuk wang, tetapi membina nilai untuk masa depan,” katanya.



Comments
Post a Comment