“Dari Nasi Kerabu Hingga Akok: Festival Cita Rasa Warisan @Pantai Timur Sambut Semua Generasi ”

Kota Bharu, Kelantan – 5–7 September 2025 Festival Cita Rasa Warisan @Pantai Timur 2025 (FCRW2025) kembali memeriahkan Kelantan dengan membawa lebih 60 gerai juadah warisan dari sepuluh daerah termasuk Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai, Machang dan Gua Musang.


Penganjuran festival selama tiga hari di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV ini adalah hasil kerjasama MOTAC, Jabatan Warisan Negara, Kerajaan Negeri Kelantan, Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Kelantan dan Malaysian Craft Council. Festival berlangsung dari 9.30 pagi hingga 10.30 malam, menampilkan pelbagai aktiviti menarik untuk semua lapisan masyarakat.


Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, Sultanah Kelantan, dan turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Exco Pelancongan Negeri Kelantan, serta Ketua Setiausaha MOTAC.

Pengarah, Bahagian Warisan Tidak Ketara, Dr. Eyo Leng Yan

FCRW2025 menekankan pemeliharaan makanan warisan yang diiktiraf di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]. Setakat ini, 213 makanan telah diiktiraf, termasuk Nasi Kerabu, Kuih Cek Mek Molek, Kuih Jala Emas, Kuih Lompat Tikam dan Budu. Festival ini juga memperkukuh sektor pelancongan dan kebudayaan melalui tiga teras utama: ekopelancongan, kebudayaan dan warisan, sambil memajukan ekonomi komuniti.


Juadah yang menarik di festival:

Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Tumpang, Laksam

Kuih-muih tradisi: Akok, Nekbat, Jala Emas, Kuih Boko Ubi

Lauk-pauk warisan: Gulai Daging Kawah, Kerabu Beko, Gulai Daun Kilek, Ikan Bekok

Minuman tradisional: Air Pandan Serai, Teh Herba Kampung

Produk tani dan rempah tempatan.


Aktiviti sepanjang festival:

Persembahan seni tradisional: Mak Yong, Wayang Kulit, Menora, Dikir Barat, Lagu Rakyat, Zapin Salor, Tarian Asyik, Tarian Singa, Pergendangan Siam, India, Melayu dan Cina.

Aktiviti Jom Bekwoh, memasak beramai-ramai bersama komuniti pelbagai daerah.

Pertandingan tradisi: Belah Kukur Nyior, Perah Santan, Gubahan Pulut Kuning dan Sireh Junjung.

Pertandingan POV, fotografi, video promosi dan aktiviti fun walk semutar.

Festival ini turut mengetengahkan makanan warisan yang hampir pupus seperti Itik Solor, Nasi 100, Apam Bakar dan Ros Lidah, selain sesi perkongsian “Kota Bharu as a Creative City of Gastronomy” yang menyokong aspirasi UNESCO.

MOTAC melalui inisiatif ini menekankan kelestarian budaya, kesejahteraan ekonomi komuniti, dan pemeliharaan warisan selaras dengan Malaysia MADANI. Festival ini bukan sahaja memberi peluang kepada pengunjung merasai juadah tradisi, tetapi juga menyemai rasa bangga terhadap budaya tempatan dan memperkukuh ekonomi setempat.


Comments

Popular posts from this blog

GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD LANTIK PU RIZ, USTAZAH ISFADIAH SEBAGAI IKON JEMAAH HAJI

Gema Selawat Hijrah 1447H: Pelancaran Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide Diangkat ke Peringkat Serantau

“Detik Gemilang Wanita Hebat: Dari Zarina Zainuddin ke Dr. Soo Wincci, Worthy Wonder Women 2025 Rai Kejayaan”