Posts

Showing posts from August, 2025

Hotel Premiera Hidupkan Semula Warisan Makanan Tradisi dengan Sentuhan Moden

Image
KUALA LUMPUR – “Panas, panas, panas!” Begitulah meriah suasana ketika Hotel Premiera melancarkan promosi khas menu warisan yang jarang ditemui, termasuk sajian unik ubi telempong yang dimasak lebih lapan jam menggunakan air tebu. Program ini mendapat perhatian ramai kerana ia bukan sekadar menghidangkan makanan, tetapi juga mengangkat semula warisan kulinari negara yang semakin dilupakan generasi muda. Pihak hotel akan mengetengahkan Chef selebriti Dr. Liza Zainol merupakan pakar dalam menu warisan dan  lebih 50 menu istimewa disajikan, di mana 25 daripadanya adalah resipi turun-temurun seperti nasi kerabu, nasi lemuni, nasi ulam bersayur keladi, sambal tumis ikan talang, dan tentu sekali tarikan utama — ubi telempong yang amat jarang ditemui. Menurut Chef Liza “Saya bangga kerana dapat menyajikan sesuatu yang menjadi idaman ramai, khususnya generasi muda yang mungkin tidak pernah merasai makanan warisan ini. S...

Menara Rezeki Meterai Kerjasama Strategik dengan CIDB Holdings & JC Logistics Tingkatkan Industri Pembinaan Malaysia

Image
Kuala Lumpur, 27 Ogos 2025 – Menara Rezeki Sdn Bhd (MRSB), syarikat bumiputera G7 yang berpengalaman dalam projek berskala besar, hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan CIDB Holdings Sdn Bhd dan Perjanjian Usaha Sama (JVA) dengan JC Logistics Sdn Bhd di Teedo Hotel, Kuala Lumpur. Dato’ Saiful Nizam Mohd Yusoff, Pengarah Urusan MRSB, berkata kerjasama ini lahir daripada lawatan MRSB ke China International Import Exhibition (CIIE) 2024, di mana teknologi bahan binaan terkini diperkenalkan. Kolaborasi ini bertujuan memperkukuh rantaian bekalan, meningkatkan kualiti bahan binaan, serta menjimatkan kos dan masa projek. Beliau menekankan bahawa pemeteraian JVA adalah bukti kepercayaan dua hala dan akan menjadi asas kepada kerjasama mampan dan berimpak besar dalam industri pembinaan Malaysia. MRSB, yang ditubuhkan pada 2002, kini berkembang menjadi syarikat G7 dengan pelbagai cabang perniagaan termasuk pembinaan, hospitalit...

“Dari Nasi Kerabu Hingga Akok: Festival Cita Rasa Warisan @Pantai Timur Sambut Semua Generasi ”

Image
Kota Bharu, Kelantan – 5–7 September 2025 Festival Cita Rasa Warisan @Pantai Timur 2025 (FCRW2025) kembali memeriahkan Kelantan dengan membawa lebih 60 gerai juadah warisan dari sepuluh daerah termasuk Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai, Machang dan Gua Musang. Penganjuran festival selama tiga hari di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV ini adalah hasil kerjasama MOTAC, Jabatan Warisan Negara, Kerajaan Negeri Kelantan, Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Kelantan dan Malaysian Craft Council. Festival berlangsung dari 9.30 pagi hingga 10.30 malam, menampilkan pelbagai aktiviti menarik untuk semua lapisan masyarakat. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, Sultanah Kelantan, dan turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Exco Pelancongan Negeri Kelantan, serta Ketua Setiausaha MOTAC. Pengarah, Bahagian Warisan Tidak Keta...

Monkii Go Play: Lokal Lah!! Bazaar @ The Mines Shopping Mall Jangka Tarik Lebih 20,000 Pengunjung

Image
KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2025 – Sempena sambutan Hari Merdeka hujung minggu ini, Monkii Global Holdings Sdn. Bhd. dengan kerjasama Artsense Studio dan The Mines Shopping Mall berbesar hati mempersembahkan Monkii Go Play: Lokal Lah Bazaar @ The Mines Shopping Mall, sebuah pesta penuh dengan makanan, hiburan dan aktiviti menarik yang berlangsung dari 30 Ogos hingga 1 September 2025, jam 11 pagi hingga 10 malam setiap hari. Acara ini dijangka menarik kira-kira 20,000 pengunjung sepanjang tiga hari, dengan persembahan pentas secara langsung, demonstrasi kulinari, bengkel interaktif serta bazar meriah yang mengetengahkan bakat dan citarasa tempatan. Pengunjung boleh menantikan pelbagai tarikan termasuk trak makanan serta kanopi luar yang menawarkan hidangan tempatan, di samping gerai yang mempamerkan barangan gaya hidup dan kraftangan. Hernan Durian akan mempersembahkan ciptaan istimewa berasaskan durian seperti mochi durian, gelato durian dan kuih bulan durian, memberi peluang kepada pengunj...

Dari Lip Scrub ke Diploma TVET – Cerita Saya Jumpa ProMasterSkill Academy

Image
Kadang-kadang benda yang kecil boleh jadi titik mula kepada sesuatu yang besar. Contohnya macam saya sendiri – mula-mula cuma join kelas kecantikan santai buat lip scrub. Ingatkan sekadar nak belajar DIY untuk diri sendiri, tapi rupanya pengalaman tu bawa saya kenal dunia TVET Malaysia dengan lebih luas. Di kelas tu, tenaga pengajar yang mesra (ramai kenal sebagai Is. (Dr) Teacher Mass) bukan sekadar ajar cara buat scrub bibir yang wangi & selamat, tapi juga buka mata saya tentang peluang besar dalam bidang kemahiran & kecantikan. Dari situ saya tahu, sebenarnya ada akademi khas – ProMasterSkill Academy – yang tawarkan lebih 25 kursus TVET kecantikan dari asas sampai diploma. Apa Yang Buat Akademi Ni Lain Dari Yang Lain? Kalau korang pernah join kursus pendek, biasanya habis kelas → balik rumah → tercari-cari macam mana nak praktikkan. Tapi dekat sini lain – pelajar boleh terus praktik dengan pelanggan sebenar. Maknanya, sambil belajar kita boleh: ✔️ Dapat pengalaman real life ...

“Detik Gemilang Wanita Hebat: Dari Zarina Zainuddin ke Dr. Soo Wincci, Worthy Wonder Women 2025 Rai Kejayaan”

Image
Kuala Lumpur, 21 Ogos 2025 – Majlis yang penuh inspirasi tercipta apabila Anugerah Worthy Wonder Women 2025 berlangsung megah di KL Wellness City Gallery, meraikan wanita hebat Malaysia yang mencipta impak dalam pelbagai bidang sempena Hari Wanita Kebangsaan. Dianjurkan oleh ADLA Group Sdn Bhd, acara berprestij bertemakan “Celebrating Women’s Success” ini menghimpunkan ikon wanita dari dunia seni, pendidikan, keusahawanan, komuniti dan kepimpinan – sebuah pentas pengiktirafan kepada mereka yang menjadi inspirasi generasi. 🌸 Tokoh Wanita Dirai Majlis dimulakan dengan ucapan bersemangat daripada Datin Dr. Leez Hassan, Pengasas ADLA Group, yang menekankan pentingnya mengiktiraf “kekuatan yang tenang, daya tahan harian, dan kepimpinan wanita yang sering tidak kelihatan tetapi mengubah masyarakat.” Tetamu Kehormat, Dato’ Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim, Pengerusi LPPKN merangkap bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, turut diraikan dengan Anugerah Worthy Woman I...

“Selfie Dengan Bintang! Mini Showcase Mickey Klaxson & Syamel Amzah Paling Epic Tahun Ini!”

Image
Kuala Lumpur, 17 Ogos 2025 – Peminat muzik Malaysia dan Indonesia bersiap sedia kerana 211 Event Empire bakal membawakan Mini Showcase Mickey Klaxson & Syamel Amzah , sebuah acara eksklusif yang dijangka paling meriah tahun ini. Persembahan akan berlangsung pada 30 Ogos 2025 (Sabtu), jam 3.00 petang hingga 6.00 petang, di IDEAS Hotel, Kuala Lumpur. Selain dua bintang utama ini, showcase ini juga menampilkan artis-artis popular lain: John Bear Si Nakal – lawak dan bersahaja, pasti buat penonton tersenyum! Ameerais Forteen – suara mantap dan penuh emosi. The Potai’s Band – beat dan muzik yang menggegar suasana. Peminat yang hadir boleh menikmati Meet & Greet eksklusif, termasuk hi-tea dan merchandise rasmi. Untuk mereka yang tidak dapat hadir, live streaming tersedia pada harga RM10/IDR40,000 , dan setiap tiket turut memberikan peluang menyertai cabutan bertuah. Sehingga kini, 200 tiket untuk Mini Showcase telah dijual melalui Aqil Syazwan Enterprise Sdn Bhd, menunjukkan sambu...