CAHTX Perkenalkan Teknologi ZK3 Buka Peluang Baharu Ekonomi Digital


KUALA LUMPUR , 18 Disember 2025 — Teknologi Web3 dan kecerdasan buatan atau AI kini dilihat semakin membuka peluang baharu kepada rakyat Malaysia untuk menyertai ekonomi digital secara lebih mudah dan selamat.


Walaupun Web3 sering dikaitkan dengan mata wang kripto, teknologi ini sebenarnya merangkumi ekosistem yang lebih luas, termasuk penggunaan blockchain, AI dan aplikasi sembang pintar.


Melalui gabungan Web3, AI dan platform chatbox SocialFi, pengguna boleh berinteraksi, belajar, berniaga serta menjana pendapatan dalam satu sistem bersepadu. Pendekatan ini memudahkan penyertaan orang ramai, termasuk mereka yang tidak mempunyai latar belakang teknikal.


CEO CAHTX, Joyce Kau & Founder CAHTX, Benny Kau

Ketua Pegawai Eksekutif CAHTX, Joyce Kau, berkata sistem terdesentralisasi memberi kuasa penuh kepada pengguna untuk memegang aset digital mereka sendiri tanpa bergantung kepada pihak ketiga.


Dalam sistem terdesentralisasi, pengguna memegang wang dan aset mereka sendiri. Semua transaksi berlaku di atas blockchain, jadi kita tidak perlu mempercayai sesiapa. Ia pantas, telus dan selamat,” katanya.


Menurut Joyce, teknologi blockchain juga menyukarkan penipuan kerana setiap transaksi direkodkan secara kekal dan tidak boleh diubah.


“Kita mungkin tidak saling mempercayai, tetapi kita mempercayai blockchain. Rekod transaksi tidak boleh dipadam atau dipalsukan. Ini menjadikan penipuan hampir mustahil,” jelasnya.


Beliau turut menjelaskan cabaran utama sistem terdesentralisasi sebelum ini ialah kelajuan transaksi. Namun, teknologi ZK3 diperkenalkan bagi meningkatkan prestasi.


“ZK3 memproses transaksi di luar rantaian terlebih dahulu sebelum direkodkan ke dalam blockchain. Ia mempercepatkan urusan, seolah-olah membuka lebuh raya baharu untuk data,” katanya.





Teknologi ini disasarkan kepada golongan muda, usahawan digital, pekerja bebas dan pencipta kandungan. PKS dan jenama juga boleh menggunakannya untuk membina komuniti dan menjalankan kempen digital.


Bagaimanapun, Joyce menegaskan sistem ini bukan platform perbankan atau skim pelaburan.


“Kami tidak memegang wang pengguna. Aset kekal di dalam dompet masing-masing. Platform ini hanya menyediakan teknologi,” katanya.


Perkembangan ini akan dibincangkan dalam 2K Trinity & AI Finance Summit 2025, yang menghimpunkan pemain industri teknologi, syarikat kripto, pelabur dan usahawan AI.


Sidang itu akan membincangkan teknologi baharu seperti Zero-Knowledge dan peranan AI dalam landskap perniagaan 2025 hingga 2026.


Acara ini dianjurkan oleh ZBA dengan sokongan 2K Trinity (ZK3), serta dianjurkan bersama CahtX, International Blockchain Organization Malaysia dan Bre3.


Pemerhati industri berpandangan teknologi ini berpotensi meningkatkan literasi digital dan membuka lebih banyak peluang ekonomi untuk rakyat Malaysia. - HAUS TV


Comments

Popular posts from this blog

Gema Selawat Hijrah 1447H: Pelancaran Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide Diangkat ke Peringkat Serantau

“Detik Gemilang Wanita Hebat: Dari Zarina Zainuddin ke Dr. Soo Wincci, Worthy Wonder Women 2025 Rai Kejayaan”

GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN. BHD LANTIK PU RIZ, USTAZAH ISFADIAH SEBAGAI IKON JEMAAH HAJI