Posts

Sebuah Lagu Balada Tentang Ketakutan Kehilangan & Cinta Yang Tidak Bersyarat Terbitan Sony Music Entertainment Malaysia

Image
K UALA LUMPUR, 9 JANUARI 2026 — Sebagai pembuka tahun 2026, penyanyi muda berpengalaman, Irfan Haris memilih untuk memulakan langkahnya dengan sebuah doa yang dilagukan. “Tolong” bukan sekadar sebuah single, tetapi luahan rasa tentang cinta, ketakutan d an kebergantungan yang sering terpendam. Selepas kejayaan “Rasa & Takdir”, duet istimewa bersama kakak kesayangan, Amira Othman yang meraih hampir 4 juta tontonan di YouTube, karya terbitan Sony Music Entertainment Malaysia ini menzahirkan kematangan seorang penyanyi yang semakin yakin mendakap kejujuran emosinya. “Tolong” bukan lagu yang dibina untuk mengejar sensasi, sebaliknya memilih untuk berdiri dalam ruang yang lebih tenang dan jujur, sebuah ruang dimana emosi dibenarkan bernafas, dan perasaan tidak perlu disembunyikan Lagu Yang Lahir Dari Kejujuran. Bagi Irfan, “Tolong” merupakan antara karya paling dekat dengan hatinya setakat ini. Dengan susunan muzik yang kemas oleh penerbit muzik Wan Saleh serta melodi dan lirik hasil ci...

Siti Khadijah Perkenalkan Koleksi Busana Ramadan 2026

Image
PUTRAJAYA — “ Anggun, Selesa dan Sarat Nilai Kesopanan.” Setiap kali tibanya bulan Ramadan, keperluan untuk berpakaian sopan, selesa dan sesuai untuk ibadah menjadi keutamaan. Memahami keperluan ini, Siti Khadijah memperkenalkan koleksi busana khas Ramadan yang menggabungkan elemen kesederhanaan, keselesaan dan keanggunan dalam rekaan yang praktikal untuk gaya hidup Muslim moden. Koleksi ini direka khusus untuk menemani wanita sepanjang bulan Ramadan, sama ada ketika menunaikan solat tarawih, menghadiri majlis ilmu, berbuka puasa bersama keluarga atau menjalani aktiviti harian, tanpa mengabaikan nilai kesopanan dan ketenangan jiwa. Koleksi Ramadan & Raya 2026, MUSHAFE – Warisan Darul Iman, sebuah koleksi eksklusif yang diinspirasikan daripada Mushaf Terengganu, manuskrip Islam bersejarah yang kaya dengan nilai seni, budaya dan warisan Nusantara. Koleksi ini menzahirkan kehalusan seni tradisi yang diolah dengan sentuhan moden dan klasik, sekali gus melahirkan rekaan yang anggun, te...

TERMA 2025: Bila Tarian Etnik Jadi Cerita, Bukan Sekadar Persembahan

Image
KUALA LUMPUR, 28 Disember 2025 – Siapa kata seni tradisi hanya sesuai ditonton di pentas rasmi? Festival Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia 2025 (TERMA 2025) membuktikan sebaliknya apabila Panggung Anniversary, Taman Tasik Perdana ‘hidup’ selama tiga hari dengan warna, irama dan jiwa budaya Malaysia. Berlangsung dari 26 hingga 28 Disember 2025, TERMA 2025 menghimpunkan penggiat seni dari pelbagai negeri termasuk Kuala Lumpur, Melaka, Perak, Johor, Terengganu dan Selangor. Setiap persembahan bukan sahaja menghiburkan, malah mengajak penonton memahami cerita di sebalik setiap langkah tari, lagu dan busana etnik. Menurut Pengasas dan Pengarah TERMA, Noraniza Idris, festival ini bukan sekadar hiburan pentas, sebaliknya ruang untuk masyarakat mengenal, memahami dan menghargai budaya sendiri — dengan cara yang lebih dekat dan bermakna. Hari pertama festival membuka tirai dengan pertandingan Bintang Legasi Etnik Malaysia. Seramai 12 peserta terpilih mempersembahkan lagu-lagu etnik masing-ma...

YWP Jayakan Program Pemerkasaan Belia MADANI 2025, Libatkan 60 Belia Termasuk Golongan OKU

Image
KUALA LUMPUR, 24 Disember 2025 — Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) berjaya melaksanakan Program Pemerkasaan Belia MADANI 2025, melibatkan seramai 60 orang belia berusia 12 hingga 17 tahun, termasuk empat peserta daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Program yang berlangsung selama dua hari itu diadakan di Dewan Masjid Jamek Kampong Bharu, dengan matlamat memperkasa potensi belia secara menyeluruh melalui pembangunan kemahiran, kepimpinan dan jati diri. Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed, berkata program tersebut merupakan platform penting untuk melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa depan. “Program ini dirangka untuk membina belia yang bukan sahaja berpengetahuan dan berkemahiran, malah memiliki nilai kepimpinan serta tanggungjawab sosial yang tinggi,” katanya. Sepanjang program, para peserta didedahkan kepada empat bengkel utama yang bersifat interaktif dan praktikal, merangkumi pengenalan teknologi maklumat...

CAHTX Perkenalkan Teknologi ZK3 Buka Peluang Baharu Ekonomi Digital

Image
KUALA LUMPUR , 18 Disember 2025 — Teknologi Web3 dan kecerdasan buatan atau AI kini dilihat semakin membuka peluang baharu kepada rakyat Malaysia untuk menyertai ekonomi digital secara lebih mudah dan selamat. Walaupun Web3 sering dikaitkan dengan mata wang kripto, teknologi ini sebenarnya merangkumi ekosistem yang lebih luas, termasuk penggunaan blockchain, AI dan aplikasi sembang pintar. Melalui gabungan Web3, AI dan platform chatbox SocialFi, pengguna boleh berinteraksi, belajar, berniaga serta menjana pendapatan dalam satu sistem bersepadu. Pendekatan ini memudahkan penyertaan orang ramai, termasuk mereka yang tidak mempunyai latar belakang teknikal. CEO CAHTX, Joyce Kau & Founder CAHTX, Benny Kau Ketua Pegawai Eksekutif CAHTX, Joyce Kau , berkata sistem terdesentralisasi memberi kuasa penuh kepada pengguna untuk memegang aset digital mereka sendiri tanpa bergantung kepada pihak ketiga. “ Dalam sistem terdesentralisasi, pengguna memegang wang dan aset mereka sendiri. Sem...

Dikenali Dengan Ketulusan dan Kerja Senyap, Dr. Fuziah Salleh Dilantik Semula Senator

Image
KUALA LUMPUR, 11 Disember 2025 — Politik bukan medan yang mudah. Ia menuntut kesabaran, kekuatan jiwa dan keikhlasan untuk terus berkhidmat walaupun diuji berulang kali. Dalam landskap politik negara yang sering berubah dan penuh cabaran, Datuk Dr. Fuziah Salleh muncul sebagai sosok pemimpin wanita yang kekal tenang, konsisten dan tidak pernah meninggalkan perjuangan. Justeru, ketenangan dan konsistensi inilah yang akhirnya menjadi sebab utama kepercayaan terus diberikan kepada beliau. Dr. Fuziah, 66, yang kini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua pada 10 Disember lalu di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah. Beliau sebelum ini pertama kali dilantik sebagai Senator pada 10 Disember 2022. Pelantikan semula ini bukan sekadar rutin pentadbiran, sebaliknya satu tanda kepercayaan terhadap kepimpinan beliau yang bekerja tanpa banyak bicara,...

5 Sebab Kenapa Anda Wajib Tonton ROAD TO VENDETTA — Filem Aksi Hong Kong–Jepun Paling Panas 2025!

Image
Kuala Lumpur, 11 Dis — Filem aksi terbaru Road To Vendetta akhirnya ditayangkan di seluruh negara, dan jika anda sedang mencari filem penuh gaya, penuh debaran dan sarat emosi — ini adalah filem yang anda tak boleh lepaskan . Berikut adalah sebab kenapa Road To Vendetta semakin diperkatakan dan kenapa anda wajib ke pawagam untuk rasai sendiri pengalaman menontonnya. 1. Lakonan Jeffrey Ngai Yang Semakin Mencuri Perhatian Aktor kacak dari Hong Kong ini membawakan watak Assassin No. 4 , seorang pembunuh upahan yang hidupnya dipenuhi trauma, dilema dan konflik moral. Walaupun masih muda, lakonannya dalam filem ini menunjukkan kematangan dan intensiti yang membuat penonton tidak berkelip. Ramai penonton awal berkata: “Ini filem yang boleh jadikan Jeffrey Ngai bintang besar Asia.” 2. Gabungan Hong Kong × Jepun Yang Jarang Kita Lihat Road To Vendetta menggabungkan dua industri yang terkenal dengan gaya unik — aksi Hong Kong dan sinematografi Jepun. Hasilnya, filem ini mempunyai to...