Pulanglah Anak Kedah: KEDAH NITE 2026 Satukan Waris Kedah di Majlis Santapan Diraja
KUALA LUMPUR, 14 Januari 2026 – Seruan penyatuan dan kepulangan anak-anak Kedah ke pangkuan negeri asal dizahirkan menerusi penganjuran KEDAH NITE 2026, sebuah Majlis Santapan Diraja berprestij anjuran Persatuan Rantauan Warisan Kedah (WARIS KEDAH) yang akan berlangsung pada 14 Februari 2026 di MATRADE Hall, Bangunan MATRADE, Kuala Lumpur, bermula jam 6.30 petang. Majlis ini dianjurkan sebagai wadah eksklusif untuk menghimpunkan tokoh-tokoh berpengaruh, pemimpin, profesional, usahawan, tokoh korporat serta personaliti berjaya kelahiran Kedah yang berada di seluruh negara dan luar negara, selaras dengan aspirasi untuk memperkukuh jaringan strategik serta sumbangan berimpak tinggi kepada pembangunan negeri Kedah. Majlis turut menyembah perkenan DYTM Raja Muda Kedah dan YTM Tunku Mahkota Kedah untuk berangkat hadir, manakala Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dijangka mencemar duli menyerikan majlis berkenaan. Antara tetamu kenamaan yang turut diundang ialah YABhg. Tun Dr. M...