Posts

Showing posts from November, 2025

ASEAN Influential Award 2025 Himpun Lebih 100 Usahawan di Putrajaya

Image
PUTRAJAYA, 8 Nov 2025 – Majlis ASEAN Influential Award Business Networking 2025 anjuran International Strategic Institute (ISI) berjaya menghimpunkan lebih 100 usahawan dan pemimpin industri dari rantau ASEAN di Marriott Hotel Putrajaya hari ini. Mengambil tema “Menghubungkan Sumber, Menggalakkan Kerjasama dan Meningkatkan Pertumbuhan,” program berprestij itu menumpukan usaha memperkukuh kerjasama ekonomi serantau, integrasi industri serta pemadanan perniagaan merentas negara. Majlis turut dihadiri tetamu kehormat termasuk Timbalan Pengarah MATRADE, Tuan Edison Choong Wan Sern; Presiden ISI, Dr. Gavin Voon Shih Chin; Naib Presiden ISI, Dr. (H.C) Johny Yap Weng Onn; serta Pengerusi Penganjur, Ms. Joreen Wong. Turut serta ialah tokoh akademia dan wakil industri dari Thailand, Jepun dan Malaysia. Pemadanan Perniagaan Meriah, 8 Syarikat Dimeterai Kerjasama Tiga komponen utama dianjurkan iaitu pembentangan korporat, sesi jaringan perniagaan dan pemadanan sumber. Suasana pemadanan perniagaan...

LAGU IKONIK “SAMPAI HATI” MENEMUI NAFAS BAHARU SELEPAS 33 TAHUN -MENGHUBUNGKAN GENERASI LAMA DAN BAHARU MELALUI LAGU YANG TIDAK LAPUK DEK ZAMAN

Image
Kuala Lumpur, 7 November 2025 – Lagu Sampai Hati nyanyian kumpulan Spring yang diterbitkan pada tahun 1992 adalah sebuah penanda aras positif kepada penyanyi berkumpulan dalam generasinya sekitar awal 90-an selepas ia mencipta sejarahnya sendiri hingga mengangkat kumpulan yang dianggotai lima anak muda itu antara ‘paling laris’ ketika itu. Selain tersenarai dalam kedudukan tertinggi kesemua carta utama radio tempatan ketika itu, Sampai Hati juga telah meletakkan Spring dan Ameng selaku vokalis utamanya sebagai jenama yang cukup terkenal dalam arena muzik Malaysia. Lagu ciptaan komposer M. Nasir dengan lirik indah hasil nukilan Mama Juwie ini turut menembusi pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-8 dalam kategori Balada serta Pujaan 10 Nescafe pada tahun sama. Justeru, selari dengan pencapaian dan fenomena yang pernah dicetuskan 33 tahun lalu, Sony Music Malaysia berbesar hati untuk membawa kembali nostalgia itu sekaligus meraikan evolusi muzik tempatan dengan melancarkan Sampai Hati Versi...

KAI DEVA SERLAH KEJUJURAN CINTA DALAM “BENAR INDAH”

Image
Karya Balada Rock Ciptaan Firdaus Rahmat, Sebuah Lagi Kolaborasi Eksklusif Antara Sony Music Entertainment Malaysia & Alternate Records KUALA LUMPUR – Setelah menawan hati rakyat Malaysia melalui program realiti “Calpis Soda One In A Million” (CSOIAM) dan dinobatkan sebagai naib juara, penyanyi berbakat besar Kai Deva kini kembali dengan buah tangan terbaharunya berjudul Benar Indah”, sebuah lagu yang memeluk jiwa dengan kejujuran, ketenangan dan rasa cinta yang tulus. Diterbitkan oleh Sony Music Entertainment Malaysia dengan kerjasama Alternate Records, karya ciptaan Firdaus Rahmat ini mengetengahkan genre pop balada dengan suntikan elemen. rock moden, menjadikannya satu gabungan khas antara kelembutan dan kekuatan — seiring dengan peribadi Kai yang romantik, introspektif, namun tetap penuh jiwa. “Benar Indah” — Tentang Cinta Yang Tidak Berpura-pura Bagi Kai, lagu ini adalah cerminan tentang cinta yang datang dengan cara paling sederhana —tanpa drama, tanpa lakonan, hanya kejujura...

Ford Petaling Jaya Lancar Varian Baharu Ranger Raptor di Bawah Pengurusan Kam Lung Motor Group

Image
Petaling Jaya, Sabtu, 15 November 2025 – Acara Eksklusif Ford Petaling Jaya dan Pelancaran Lembut varian baharu Ford Ranger Raptor berlangsung pagi ini di bilik pameran Ford Petaling Jaya. Acara ini dihadiri oleh wakil media, rakan industri, serta pelanggan setia Ford bersama keluarga mereka. Jenama Ford kekal popular di Malaysia, dari kereta penumpang era 70-an dan 80-an hingga model Ranger, Escape, dan Everest SUV masa kini. Ford terus dikenali kerana menghasilkan kenderaan berkualiti tinggi, selamat, dan berprestasi baik. Dalam ucapannya, Pengarah Urusan Kam Lung Motor Group Sdn Bhd, Peter Goh, mengumumkan secara rasmi pengurusan Ford Petaling Jaya kini di bawah Kam Lung Motor Group Sdn Bhd, menggantikan Sime Darby Auto Connexion Sdn Bhd. “Hari ini penting bukan sahaja untuk Ford PJ, tetapi juga untuk Kam Lung Motor Group kerana kami menancapkan bendera pertama kami di Malaysia,” kata Goh. Kam Lung Motor Group, yang berpusat di Hong Kong, telah beroperasi lebih 40 tahun di Greater C...

Komuniti Bukit Damansara Bangkit Tolak Premis Jualan Arak Dalam Zon Perumahan

Image
KUALA LUMPUR, 14 Nov — Penduduk di Jalan Setia Kasih 6, Bukit Damansara tampil membantah tindakan sebuah rumah kediaman yang didakwa memohon lesen jualan minuman keras, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai perubahan status premis itu kepada komersial tanpa pengetahuan komuniti. Rumah tersebut, yang terletak di permulaan jalan mati dengan sekitar 30 buah kediaman, telah lama kosong dan kerap bertukar penyewa. Ia turut pernah digunakan untuk Airbnb, majlis hari jadi dan pelbagai acara sosial, sehingga menjejaskan ketenteraman kawasan. Ketegangan memuncak minggu lalu apabila seorang penduduk terlihat notis permohonan lesen minuman keras yang ditampal di bahagian dalam kawasan rumah — bukan di lokasi mudah dilihat orang awam seperti yang selalunya disyaratkan oleh pihak berkuasa. Penduduk mendakwa keadaan itu menimbulkan keraguan dan dianggap seolah-olah cuba mengelak perhatian awam. Wakil penduduk, Dr Barkeh Hanim Jumaat, berkata komuniti terkejut dengan tindakan tersebut dan segera ...

Masa Depan Mengelupas Kini Lebih Lembut: Garnier Perkenal Tri-Acid Renew Peeling Serum, Revolusi Baharu Penjanaan Semula Kulit

Image
KUALA LUMPUR, 3 November 2025 — Suasana di The Creators’ Renew Lab, APW Bangsar pada 30 hingga 31 Oktober lalu sememangnya meriah dengan inovasi dan keterujaan apabila Garnier Malaysia melakar satu era baharu dalam penjagaan kulit. Acara tersebut menggabungkan dunia sains penjagaan kulit yang canggih, ruang kreatif pencipta kandungan, serta komuniti kecantikan yang penuh semangat. Menerajui revolusi baharu dalam dunia eksfoliasi lembut ialah Garnier Tri-Acid Renew Peeling Serum, produk utama yang dilancarkan secara eksklusif di Watsons. Formula berinovasi ini mengandungi campuran berkuasa 15% AHA, BHA, dan PHA yang digabungkan bersama Niacinamide, bertujuan memberikan hasil penjanaan semula kulit yang ketara serta pembaikan menyeluruh pada lapisan pelindung kulit dalam masa hanya empat jam. Ia berfungsi dengan teliti untuk menjadikan kulit lebih halus, cerah dan sekata, sambil mengekalkan tahap kelembutan luar biasa — sesuai digunakan setiap hari, termasuk bagi mereka yang berkulit s...

Aplikasi Baharu GASBEE Pastikan Penghantaran Gas Lebih Selamat dan Efisien

Image
  KUALA LUMPUR, 7 Nov — Aplikasi GASBEE bakal merevolusikan industri penghantaran gas di Malaysia dengan memperkenalkan sistem tempahan dan penghantaran secara atas talian melalui telefon mudah alih, yang menekankan aspek keselamatan pengguna dan penghantar. Menurut En Mohd Apandi Abdullah Founder GASBEE, perkhidmatan berasaskan aplikasi itu kini sedang menjalankan projek perintis (pilot project) di sekitar Selangor, meliputi kawasan Lembah Klang, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Subang Jaya.  Pelaksanaan penuh dijangka bermula Disember ini dengan penyertaan lebih 80 pengedar berdaftar di bawah Petronas Dagangan Berhad. “Semua tempahan akan dilakukan melalui aplikasi mudah alih sahaja. Walaupun harganya sedikit premium, kami menjaminkan keselamatan pengguna serta kecekapan dalam setiap penghantaran,” katanya. Perkhidmatan tersebut juga menawarkan ekosistem penghantaran yang lengkap, di mana setiap pesanan disahkan, direkod dan disalurkan terus melalui sistem yang diiktiraf oleh Pe...

GGR memperkenalkan 'Prototype' EV terbaharu, Pantera R1 dan R2

Image
KUALA LUMPUR, 2 November 2025 – GGR Legacy (M) Sdn Bhd atau dikenali sebagai GGR Motor hari ini memperkenalkan 'Prototype' motosikal elektrik terbaharu, dinamakan Pantera R1 dan R2, iaitu motosikal EV jarak jauh pertama rekaan dan pemasangan tempatan dengan keupayaan perjalanan sehingga 300 kilometer bagi satu cas penuh. Pengarah Urusannya, Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi berkata,  model Pantera R1 dan R2 dibangunkan sebagai simbol kemampuan anak tempatan untuk menghasilkan kenderaan elektrik berprestasi tinggi setanding produk antarabangsa. “Tujuan utama pelancaran Pantera R1 dan R2 adalah untuk melahirkan motosikal elektrik pertama buatan Malaysia yang boleh mencapai jarak 300 kilometer bagi satu cas penuh. Ini akan menjadi penanda aras baharu industri EV tempatan,” katanya pada program MARA Automotive Ecosystem (MATEC 2025) di Bukit Jalil, di sini. Pelancaran dilakukan oleh Timbalan Menteri, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang dan turut dihadiri ol...

✨ 211 EVENT EMPIRE PERKENAL EVENT WEDDING PLANNER 2026

Image
  211 Event Empire – “Mencipta Kenangan, Mengikat Silaturahim.” Sungai Buloh, Oktober 2025 – Selepas kejayaan penganjuran Orkestra Legenda Rockestra dan Peluncuran lagu keamanan dunia baru-baru ini, 211 Event Empire terus mengorak langkah dengan memperkenalkan satu lagi inisiatif baharu — Wedding Planner 2026, yang bakal diadakan di Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh. 🌸 211 Bukan Baru dalam dunia Pengantin! Konsep & Perancangan amat Unik 211 Event Empire tampil dengan konsep istimewa yang berbeza daripada syarikat lain. Selain menyediakan pakej lengkap perkahwinan, kami turut menekankan aspek hiburan, pengurusan majlis, serta pengalaman menyeluruh buat tetamu dan pasangan pengantin. Rangkaian kami turut melibatkan artis popular dari pelbagai generasi, termasuk artis Gen Z, bagi memberi sentuhan segar pada setiap majlis. 🍽️ Hidangan Eksklusif & Variasi Menu Antara keunikan 211 Event Empire ialah food presentation yang memukau dan menu yang pelbagai. Setiap hidangan disediaka...