Gema Selawat Hijrah 1447H: Pelancaran Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide Diangkat ke Peringkat Serantau
Ampang, 27 Jun 2025 – Dalam suasana yang penuh ketenangan dan semangat permulaan baharu sempena sambutan 1 Muharram 1447 Hijrah, Majlis Gema Selawat dan Martabatkan Al-Quran telah berlangsung dengan jayanya di Ampang. Acara yang menghimpunkan elemen kerohanian dan kekuatan ummah ini turut menjadi medan bersejarah kepada pelancaran awal Kesatuan Ekonomi Asian Worldwide (KEAW), sebuah gerakan ekonomi Islam yang digerakkan oleh NGO, koperasi, konsortium serta pemimpin pelbagai industri secara kolektif. Majlis tersebut telah dirasmikan secara bersama oleh YAM Orang Kaya Seri Raja Merah Dato’ Undang Naning ke-20, Haji Mohd Salleh bin Haji Mohd Som, selaku wakil Lembaga Adat Undang Naning dan Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Naning, bersama Datuk Haji Zainal Abidin bin Haji Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan, dan Al-Fadhil Ustaz Zawawi, Ketua Koordinator Gema Selawat serta Pengasas NH Mall Worldwide. Pelancaran ini turut disaksikan oleh tokoh-tokoh dari pelbagai...